Monday, 15 April 2013

TERKINI NIK AZIZ SETELAH JATUH !!!



Wali pujaaan para penganut Pas diberitakan rebah ketika sedang menyampaikan ceramah di negeri Johor pada petang semalam.., Nik Aziz rebah kerana kakinya kebas akibat berdiri terlalu lama..

 Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat terpaksa didukung sejauh 100 meter dari tapak ceramah ke Masjid Jamek Parit Besar, Batu Pahat semalam selepas didakwa hampir pengsan kerana kepenatan berikutan kepadatan program sempena Pilihan Raya Umum ini.

Menteri besar Kelantan itu yang tiba tengahari semalam untuk menyampaikan ceramah di Dataran Tok Din dalam keadaan duduk. Selepas selesai ceramah Nik Aziz terpaksa didukung kerana didakwa terlalu letih untuk berjalan. Dia mendapatkan khidmat urutan di masjid itu.


No comments:

Post a Comment