Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar
Jamaludin kini mengikut jejak rakan mereka dalam DAP yang ketandusan idea untuk
menghadapi PRU-13, dengan mereka-reka cerita yang tidak masuk akal.
Jika sebelum ini, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming
menimbulkan isu kononnya Barisan Nasional terlibat dalam sindiket perjudian
haram, kali ini Nizar pula mereka-reka cerita kononnya bekas Menteri Besar yang
pernah mentadbir Perak, bakal menyertai PAS tidak lama lagi.
Berdasarkan kepada rekod, sebelum Menteri Besar sekarang,
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, antara ramai-ramai mantan Menteri Besar, hanya
Tan Sri Ramli Ngah Talib, Tan Sri Tajol Rosli dan Nizar sahaja yang masih ada
manakala lain-lain telah meninggal dunia.
Menurut pemerhati politik, Ramli dan Tajol adalah dua watak
yang cukup setia kepada UMNO dan tidak mungkin meninggalkan parti keramat
itu.
more info - http://www.peraknews.com/berita-negeri/6456-nizar-terus-merepek-ikut-nga-yang-kering-idea
No comments:
Post a Comment