Sukan - lebih-lebih lagi bola sepak lazimnya melepasi
sempadan agama dan bangsa. Malah, dalam banyak keadaan ia juga
menjangkaui sempadan politik dan bangsa.
Atas sebab itulah apabila bercakap tentang bintang-bintang
sukan,khususnya di peringkat antarabangsa,kita jarang peduli pada agama atau
bangsa keturunannya. Kerana itu juga kita mungkin tidak menyedari bahawa selain
Zinadine Zidane, bekas kapten pasukan Perancis yang pernah di nobat sebagai
pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali itu serta Mesut Ozil (Jerman), Samir
Nasri (Perancis) dan beberapa orang lain ramai lagi di kalangan bintang-bintang
bola sepak kelas satu dunia beragama islam.
Tidak ramai juga yang tahu bahawa dua adik beradik handalan
yang pernah mewakili pasukan Perancis, Lilian dan Henry Thuram beragama
Islam.
Berikut ialah senarai sebahagian daripada nama-nama besar
dalam arena bola sepak antarabangsa yang beragama Islam :
Gai Yigaal Assulin - bekas pemain tengah
Manchester City yang pernah beraksi di kelab Barcelona. Merupakan warga negara
Israel, tetapi bapanya berasal dari Libya.
Nicolas 'Bilal' Anelka - bekas pemain Perancis
dan penyerang Chelsea. Sering dilihat mengunjungi masjid Manchester.
Bruno Metsu - bekas jurulatih pasukan Senegal
dan Qatar. Beliau memeluk Islam semasa berada di Senegal.
Franck Ribery - memeluk Islam pada tahun 2002
dan berkahwin dengan seorang gadis arab.
Phillipe Troussier - bekas pemain Perancis yang
terkenal dan pernah melatih pasukan Jepun. Kini menetap di Maghribi dan
menggunakan nama Omar, manakala isterinya Dominique menggunakan nama Aminah.
George Weah - bekas pemain terkenal Liberia.
Lahir sebagai Islam dan bersekolah agama, tetapi dilaporkan memeluk Kristian
bagi mengambil hati nenek yang membesarkannya. Kemudian kembali memeluk Islam.
Kini seorang aktivis politik dan kemanusiaan.
Zlatan Ibrahimovic - Penyerang kesayangan
pasukan Sweden. Bapanya seorang Islam dari Bosnia manakala ibunya penganut
Katholik dari Croatia.
Frederick Kanoute - bekas pemain Mali yang
banyak beraksi dalam liga-liga utama Eropah. Sering dilihat membaca doa
kesyukuran selepas menjaringkan gol. Membeli sebuah masjid di Seville untuk
kegunaan umat Islam di sekitarnya.
Rami Shaaban - bekas penjaga gol Arsenal yang
pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan Sweden.
Khalid Boulahrouz - pemain pertahanan pasukan
Belanda yang digelar Khalid der Kannibale (The Cannibal) kerana keupayaannya
'meratah' serangan lawan.
Armand Traore - bekas pemain Arsenal yang kini
beraksi untuk Queen Park Rangers. Kerap di lihat berdoa sebelum memulakan aksi
di padang.
Nacer Barazite - pemain kebangsaan Belanda yang
juga beraksi untuk kelab Morocco.
Lassana Diarra - pemain Perancis dan Real Madrid
yang di segani.
Selain nama-nama di atas, turut berada dalam senarai pemain
bola sepak antarabangsa yang beragama Islam ialah Nordin Amrabat, Hatem Ben
Arfa, Zesh Rehman, Bakari Sagna, Ibrahima Sonko, Sulleyman Ali Muntari, Didier
Domi, Phillipe Christanval, Peter Luccin, Eric Abidal, Solomon Kalou, Nathan
Ellington, Lee Hughes, Samir Khedira, adik beradik Ayew (Andre, Abdrul Rahim,
Imani, Jordan) serta bapa mereka Abedi Pele dan ramai lagi.
Syabas info yang menarik....
ReplyDeletetq bro
Delete