KUALA KANGSAR -
Senarai pemilihan anggota Dewan Undangan Negeri yang akan membarisi exco
kerajaan negeri Perak kini berada di peringkat akhir, kata Menteri Besar Datuk
Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Menurut beliau, pada
penggal ini akan berlaku pertambahan jumlah exco berbanding sebelum ini.
"Kita juga akan
pertimbangkan pelantikan khas sebab keadaan seperti yang kita tahu bahawa tidak
ada wakil daripada masyarakat India. Kita nak bentuk kerajaan yang dapat
mewakili semua (kaum)," katanya kepada pemberita selepas menyertai Larian
Keputeraan Sultan Azlan Shah hari ini.
Mengenai pihak yang
tidak bersetuju dengan cadangan beliau melantik enam penasihat khas, Zambry
berkata: "Depa cakap dan dengar macam-macam, sebelum menang dah kata
menang, sekarang dah menang pun, dia tak puas hati lagi".
Pada PRU13, Barisan
Nasional (BN) Perak menang dengan majoriti mudah apabila menguasai 31 daripada
59 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) manakala Pakatan Rakyat (PR) memenangi 28
kerusi.
Dalam keputusan rasmi
yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Umno memenangi 30 daripada 36
kerusi Dun yang ditandingi manakala MCA menyumbang satu kerusi iaitu Dun
Chenderiang.
info dari - budakbenteng