Kepimpinan PKR menggelabah apabila semakin ramai ahlinya
keluar meninggalkan parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman
berkata, ia dapat dilihat apabila mereka berusaha untuk cuba menyekat tindakan
ahli untuk menyertai UMNO.
Beliau memberi contoh terdapat tekanan dan ugutan terhadap
bekas Pengarah Pilihanraya PKR Pasir Salak yang juga bekas Setiausaha PKR
Cabang Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan beberapa hari sebelum beliau keluar PKR
untuk menyertai UMNO.
"Pemimpin PKR gelabah sebab hari demi hari sokongan
kepada parti itu di Pasir Salak semakin merosot," katanya kepada pemberita
selepas majlis Sirih Pulang Ke Gagang siri ketiga di Parit 2C, Sungai Manik
malam tadi.
Pada majlis itu, Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian
Pasir Salak menerima 27 borang permohonan menyertai UMNO daripada bekas ahli
PKR.
Mengikut perancangan awal, lebih 60 bekas ahli PKR dijangka
menyerahkan borang permohonan tetapi sebahagian tidak dapat hadir pada majlis
malam tadi.
SELANJUTNYA?? SILA BUKA LINK INI http://www.peraknews.com/berita-negeri/6397-pkr-makin-gelabah-di-pasir-salak
Mohon pautkan saya semula di address baru. Tq
ReplyDeletehttp://gunungrapatcyber.blogspot.com/