Monday, 1 April 2013

HOT! LGE TAKUT & DAP HINA SELURUH PENJAWAT AWAM MELAYU!



Beliau bercakap tentang cabaran yang dilontarkan kepada beliau oleh Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Pulau Pinang tanpa beliau sedari, beliau itu sekadar orang luar dan tiada jawatan di dalam DAP Pulau Pinang.

Sudahlah kepimpinan tertinggi DAP Pulau Pinang didakwa sebagai puppet hingga Pengerusi DAP Pulau Pinang dianggap bukan calon terbaik untuk menjadi Ketua Menteri negeri. Dan sekarang, Guan Eng DAP (atau penulis beliau di Komtar) itu cuba menegak benang yang basah mempamerkan diri beliau yang kononnya Competency, Accountability dan Transparency.

Padahal realitinya, rakyat Pulau Pinang memandang beliau sebabgai Cocky, Arrogant dan Tidak boleh dipercayai!

Dan segalanya itu bersebab dan ianya melekat dan menjadi skandal anak Kit Siang itu.

1. Sebagai Setiausaha Agung DAP, Guan Eng dilihat gagal memastikan pemilihan CEC DAP berjalan dengan transparens dan kompeten.

2. Bukan sahaja beliau dimalukan dengan kesilapan mengira undi tetapi gagal juga untuk memastikan kesemua wakil DAP menerima watikah untuk hadir ke Mesyuarat Tahunan tersebut.

3. Cuba bayangkan, seramai 753 perwakilan parti itu tidak menerima surat jemputan untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 parti itu, sekali gus gagal mengundi bagi memilih ahli Jawatan Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu.

4. Dengan kesalahan mengira undi dan 753 tidak dijemput, apakah Guan Eng DAP masih tidak berasa malu dengan ketidakmampuan untuk mengurus parti beliau sendiri?

5. Dan bayangkan Guan Eng DAP adalah Setiausaha Agung sebuah parti yang sedang dipersoalkan kesahihan dan kewujudan parti itu oleh ROS?

6. Makanya, kepada pencacai pembangkang yang beria-ia mahu mengangkat sumpah dan bermacam-macam lagi usaha untuk 'mengharamkan UMNO', MiM sarankan agar mereka fokus kepada parti DAP, manalah tahu akan dilabelkan sebagai parti Haram pula!

7. Dan jika benar-benar transparens dan akauntabiliti, beliau sepatutnya meletakkan jawatan dan tidak sanggup lagi berdepan dengan rakyat serta menutup mulut daripada cuba mencari salah pihak lain.

8. Tetapi anak Kit Siang yang dilabelkan 'biadap' dan 'tidak boleh dipercayai' oleh Tunku Aziz ini dilihat masih tidak sedar diri juga dan menganggap diri beliau 'bersih' untuk berada di Pulau Pinang.

Di antara omongan Guan Eng,

This is also about two governing policies between one that condones corruption and another that believes that a clean government based on Competency, Accountability and Transparency can outperform a corrupt one.seterusnya
Kepada kita yang mengikuti dengan dekat wayang kulit Guan Eng DAP, kita sudah tentu mual dengan omongan di atas. Beliau kononnya 'bersih' tetapi Tunku Aziz pernah mengutuk anak Kit Siang DAP kerana cuba merasuah beliau!

‘‘Biadab sungguh dia (Lim Guan Eng) mengarahkan seorang ‘budak’ untuk menyampaikan mesej apatah lagimerasuah saya RM50,000 kononnya saguhati untuk terus kekal di bawah pimpinan DAP,’’ kata Tunku Aziz dengan nada cukup keras pada sidang akhbar di rumahnya pada 29 Mei tahun lepas.
Sehingga ke hari ini, Guan Eng DAP tidak berbuat apa-apa terhadap kenyataan Tunku Aziz.

Seperkara lagi ialah kenyataan pemimpin DAP yang menghina seluruh pegawai perkhidmatan awam apabila berkata 'punca korupsi dalam perkhidmatan awam sebab dimonopoli oleh satu kaum sahaja iaitu Melayu'.

info dari - dr mim

No comments:

Post a Comment