Tuesday, 9 April 2013

HOT!! PAPA GOMO CABAR ANWAR DI PERMATANG PAUH...

                                      

Penulis blog Papa Gomo akan bertanding sebagai calon Bebas yang akan mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata wakilnya, Mohamad Rafi Awang Kechik pada Isnin. 

Mohamad Rafi, yang juga Presiden Nadi Rakyat Malaysia berkata, Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas untuk mendedahkan dakwaan salah laku Ketua Pembankang kepada rakyat. 

"Selepas menimbang cadangan daripada beberapa kumpulan dan individu, saya percaya dan saya akan mendedahkan semua salah laku yang dilakukannya kepada pengundi di kawasan beliau.

"Kita juga mahu menguburkan karier politik Anwar,” kata Mohamad Rafi yang mewakili blogger berkenaan, kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Wilayah Persekutuan. 

Pada Jumaat, Anwar mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum kali ini.

Anwar memfailkan saman fitnah berjumlah RM!00 juta terhadap Papa Gomo berhubung penyebaran gambar tunggal hitam-putih yang menunjukkan bahagian belakang seorang lelaki berbogel di dalam bilik hotel yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang itu. 

Paparan itu juga menyediakan pautan ke laman blog lain dipanggil "Aksi si Raja Goyang", yang menyiarkan 13 gambar yang menunjukkan dua lelaki meraba-raba dan mencium satu sama lain, kononnya diambil dari video yang sama.

Anwar telah menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video berkenaan.



No comments:

Post a Comment