Thursday 11 April 2013

NZAR DAH ABIS IDEA KE?TERUS MEREPEK,IKUT NGA YANG KERING IDEA!


Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin kini mengikut jejak rakan mereka dalam DAP yang ketandusan idea untuk menghadapi PRU-13, dengan mereka-reka cerita yang tidak masuk akal. 

Jika sebelum ini, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menimbulkan isu kononnya Barisan Nasional terlibat dalam sindiket perjudian haram, kali ini Nizar pula mereka-reka cerita kononnya bekas Menteri Besar yang pernah mentadbir Perak, bakal menyertai PAS tidak lama lagi. 

Berdasarkan kepada rekod, sebelum Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, antara ramai-ramai mantan Menteri Besar, hanya Tan Sri Ramli Ngah Talib, Tan Sri Tajol Rosli dan Nizar sahaja yang masih ada manakala lain-lain  telah meninggal dunia.

Menurut pemerhati politik, Ramli dan Tajol adalah dua watak yang cukup setia kepada UMNO dan tidak mungkin meninggalkan parti keramat itu. 


more info - http://www.peraknews.com/berita-negeri/6456-nizar-terus-merepek-ikut-nga-yang-kering-idea

No comments:

Post a Comment