Friday 5 April 2013

Kata-Kata Semangat Hari Pilihan Raya

Kata-kata Semangat Menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (Malaysian 13th General Election) dan kata-kata popular ahli-ahli politik dunia menjelang Hari Pilihan Raya. Hari dalam kenangan, pengumuman Bubar Parlimen Oleh Datuk Sri Najib hari ini setelah genap 4 tahun Datuk Seri Najib bergelar Perdana Menteri Malaysia keenam. Pada hari ini 3 April juga merupakan tarikh yang sama Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia 4 tahun yang lalu. Rasanya macam baru semalam hootoh post entri Tip-tip dari Najib untuk Usahawan Kecil. Sedar tak sedar, Perdana Menteri Malaysia yang popular dengan Gagasan 1Malaysia ini umumkan pembubaran parlimen 2013. Pada hari pembubaran parlimen, ramai ahli politik yang menuntut perubahan. Sama seperti orang kehilangan tempat tinggal. Dengan pengumuman Pembubaran Parlimen Malaysia ini, menandakan semboyan Perang PosterPerang Kempen! Pilihan Raya PRU13 bakal bermula. Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 Penentu Hala dan Tuju Negara.
Kata-Kata Semangat Hari Pilihan Raya Umum ke 13

Peristiwa Pilihan Raya Umum Malaysia ke 13

Sempena Kehangatan Terkini Pilihan Raya Umum Malaysia ke 13, jom kita lihat Kata-kata semangat Pilihan Raya yang popular dan Kata-Kata Popular ahli-ahli politik dunia menjelang hari pilihan raya. Semangat untuk mengundi, kepada rakan-rakan blogger, ingatlah undi anda penentu masa depan negara. "Hak dan undi anda adalah hak penting" itulah yang dikatakan oleh Susan B. Anthony. Malah seperti yang pernah dikatakan oleh  Abraham Lincoln, "Undi lebih kuat daripada peluru." Pilihlah calon yang terbaik demi Agama dan Negara. "Ahli-ahli politik seperti lampin. Mereka perlu berubah dan selalu ditukar ganti demi menjaga kebersihan."

Jika mengundi tidak mengubah apa-apa, sesuatu pilihan raya itu tiada maknanya. 
Jika Tuhan mahu kita untuk mengundi, DIA pasti memberikan kita calon yang Benar.

Kata-kata Semangat Ahli Politik Dunia Menjelang Pilihan raya

Mengundi di pilihan raya adalah seperti pokok-pokok, jika anda cuba untuk membina hutan Jika anda mempunyai lebih banyak pokok daripada anda mempunyai hutan, maka pada ketika itu mungkin peninjau berpendapat dan mengatakan bahawa anda akan menang. - Dan Quayle

Undi adalah alat yang paling berkuasa pernah dicipta oleh manusia untuk menetukan kehidupan masa hadapan mereka - Lyndon B. Johnson

Bahaya terbesar bagi seorang ahli politik ialah bersalam dengan seorang lelaki biasa yang mengundi untuk lelaki lain. - William Proxmire





No comments:

Post a Comment