Saturday 27 April 2013

Blogger Milo Suam kena siasat Polis

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yusoof memberitahu siasatan telah bermula terhadap laman blogmilosuam.blogspot.com yang didakwa membuat, menerbit atau mengedar khabar angin berbaur fitnah mengenai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan menjalankan undian awal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelmarin.

Beliau berkata dua laporan polis dibuat terhadap laman blog milosuam.blogspot.com polis menjalankan siasatan terhadap pengendali blog berkenaan kerana tindakannya menyiarkan khabar angin berbaur fitnah.

Ramli Mohamed Yusoof turut menegaskan dakwaan dibuat oleh pemilik blog berkenaan sekali gus telah mencetuskan stigma negatif orang ramai terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar memahami kaedah dan proses membuang undi sebelum menyiarkan sebarang kenyataan yang tidak jelas.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam seperti membuat, menerbit atau mengedar apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam atau mana-mana golongan awam.

"Polis turut menyiasat kes ini mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.

Ramli turut menjelaskan bahawa gambar kertas undi yang disiarkan dalam blog tersebut sebenarnya undi pos bukannya undi awal seperti yang didakwa.


Menurutnya, undi pos boleh dijalankan secepat mungkin pada bila-bila masa selepas kertas undi diedarkan tetapi undi awal pula kebiasaannya untuk individu yang terpaksa bertugas pada hari mengundi yang mana tarikh yang ditetapkan SPR ialah 30 April ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam tempoh empat hari sejak penamaan calon sehingga semalam, polis telah menerima 906 laporan dan membuat 25 tangkapan membabitkan kesalahan pilihan raya.
  

No comments:

Post a Comment