Monday 29 April 2013

PUSAT DAERAH MENGUNDI N13 KUALA SEPETANG


PALMA
Pengerusi: Abdul Hamid Saad 0175716937
Setiausaha: Mat Nazri Abd Razak 0174108039

KURNIA JAYA
Pengerusi: Abu Bakar Ali 0125340751
Setiausaha: Abd Rani Abd Razak 0125072391

AYER PUTIH
Pengerusi: Mohd Noor Salleh 0125522944
Setiausaha: Shukor Ishak 0195786456

SIMPANG HALT
Pengerusi: Kapt (B) Mohd Zain Hussain 0125062965
Setiausaha: Halijah SM Mohd 0124350742

JEBONG
Pengerusi: Zulaidin Majid 0195763077
Setiausaha: Salasiah Ariffin 0125315485

KUALA SEPETANG
Pengerusi: Loh Swee Eng 0195505698
Setiausaha:

KAMPUNG MENTERI
Pengerusi: Din Long 0175065875
Setiausaha: Mohd Tahir Mohd Razali 0175046504


MATANG GELUGOR
Pengerusi:  Kamarudin Abd Wahab 0124154860
Setiausaha: Hasbarani Tajol 0195630519

SUNGAI  LIMAU
Pengerusi: Mohd Isa Ahmad 0125977457
Setiausaha: Azman Abd Aziz 012505001

JALAN MANGGALA
Pengerusi: Bahari Din 01956961
Setiausaha: Mohd Khairuddin A. Hamid  0134119071

KAMPUNG JAHA
Pengerusi: Yahaya Zabriah 0134918929
Setiausaha: Roszita Abd Aziz 0175337543

SUNGAI MATI
Pengerusi: Hj Dahalan Md Saman 0135134144
Setiausaha: Yahya Seliman 0124519840

BENDANG SIAM
Pengerusi: Kamaruddin Md Saman 0197223034
Setiausaha: Mohd Nazri Harun 0135216830

CHANGKAT IBOL
Pengerusi: Ahmad Fauzi Abd Rahman  0195954429
Setiausaha: Abd Aziz Mat Dali 0194494808

Sunday 28 April 2013

Pembangkang Guna Tektik Kotor Dalam Berkempen!!!


Cara kotor pembangkang berkempen semakin menjadi-jadi dengan yang terbaru menggunakan taktik mengeluarkan risalah palsu melibatkan calon BN bagi DUN Pasir Panjang Rashidi Ibrahim dan DUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pendedahan ini dibuat Dr Zambry sendiri setelah beliau menjumpai risalah tersebut diedarkan di Pangkor ketika tiba untuk membuat kunjungan ke seluruh bilik gerakan BN di Pangkor pagi tadi.
Menurutnya risalah palsu itu mengandungi kenyataan Rasidi yang lebih dikenali dengan Cikgu Shidi dan beliau sendiri yang bersifat provokatif.
"Dalam risalah itu cikgu Shidi dikatakan hanya mahu undi daripada pemuda UMNO sahaja untuk menang dan tidak memerlukan undi daripada ahli komponen parti.
"Saya pula dikatakan menyeru pengundi Melayu untuk keluar mengundi manakala tidak akan mengharap undi daripada komponen parti kerana tahun 2008 calon UMNO menang kerana undi Melayu dan tanpa bantuan parti komponen.
"Kenyataan paslu ini sangat provokatif. Ianya bersifat jahat dan sangat tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas program tinjauan mesar di DUN Pangkor bersama Datuk Kong Cho Ha yang bertanding bagi kerusi Parlimen Lumut.  
Dalam nada sinis, beliau menasihati pembangkang supaya menggunakan pendekatan yang lain untuk mendapat sokongan semasa tempoh berkempen ini kerana mengeluarkan risalah palsu itu lansung tidak profesional.
Beliau yang menerima risalah itu sebaik sahaja tiba di Pulau Pangkor berasa terkejut degan beberapa isi kandungan risalah itu yang menyebut kononya Rashidi 
aa3
hanya memerlukan sokongan daripada golongan muda untuk memenangi kerusi DUN Pasir Panjang dan juga Kemenangan Umno pada PRU yang lepas adalah tanpa bantuan daripada parti komponen.
Menjawab satu soalan, Dr Zambry berkata beliau percaya taktik kotor itu sudah bermula agak lama namun kurang pasti sejauh mana pengedaran risalah itu dibuat.
Dalam perkembangan sama, beliau meminta supaya semua pihak mengelakkan diri daripada membuat sebarang provokasi yang boleh menimbulkan kekecohan sehingga mengganggu proses PRU-13.
"Di sini saya ingin menyeru agar semua pihak tidak terlalu ghairah berkempen sehingga tidak sedar bawaha perbuatan mereka itu kadangkala boleh menimbulkan fitnah dan juga kekecohan yang akhirnya akan menyebabkan banyak kerosakan," tambahnya.
Sementara itu, Kong Cho Ha melahirkan rasa gembiranya kerana sambutan warga Pulau Pangkor terhadap kerajaan BN semakin menunjukkan peningkatan.
"Saya berasa gembira kerana BN di DUN Pangkor ini mendapat sambutan yang hebat darada seluruh warga penduduk dan ini juga menunjukkan betapa rakyat masih mahu mengekalkan kerajaan BN untuk kehidupan yang lebih baik di masa yang akan datang," katanya.

Saturday 27 April 2013

Blogger Milo Suam kena siasat Polis

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yusoof memberitahu siasatan telah bermula terhadap laman blogmilosuam.blogspot.com yang didakwa membuat, menerbit atau mengedar khabar angin berbaur fitnah mengenai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan menjalankan undian awal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelmarin.

Beliau berkata dua laporan polis dibuat terhadap laman blog milosuam.blogspot.com polis menjalankan siasatan terhadap pengendali blog berkenaan kerana tindakannya menyiarkan khabar angin berbaur fitnah.

Ramli Mohamed Yusoof turut menegaskan dakwaan dibuat oleh pemilik blog berkenaan sekali gus telah mencetuskan stigma negatif orang ramai terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar memahami kaedah dan proses membuang undi sebelum menyiarkan sebarang kenyataan yang tidak jelas.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam seperti membuat, menerbit atau mengedar apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam atau mana-mana golongan awam.

"Polis turut menyiasat kes ini mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.

Ramli turut menjelaskan bahawa gambar kertas undi yang disiarkan dalam blog tersebut sebenarnya undi pos bukannya undi awal seperti yang didakwa.


Menurutnya, undi pos boleh dijalankan secepat mungkin pada bila-bila masa selepas kertas undi diedarkan tetapi undi awal pula kebiasaannya untuk individu yang terpaksa bertugas pada hari mengundi yang mana tarikh yang ditetapkan SPR ialah 30 April ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam tempoh empat hari sejak penamaan calon sehingga semalam, polis telah menerima 906 laporan dan membuat 25 tangkapan membabitkan kesalahan pilihan raya.
  

PANAS!!! NIZAR GOYANG

Memang tajuk sensasi sebenarnya,bukanlah sesensasi Blog RajaGoyang yang disebut sebut sebelum ini yang memaparkan adegan adegan Romantik mirip DeFacto Anwar.

Sebenarnya tajuk diatas AP kaitkan dengan apa yang terjadi kepada PAKATAN RAKYAT di Negeri Perak secara khususnya,mungkin ada diantara pembaca blog AP yang mendukung dan penyokong Pakatan Rakyat menyatakan bahawa ini salah satu propaganda dari AP selaku blogger yang menyokong Barisan Nasional.

Maaf saudara saudara..(dibaca sedare sedare e panjangkan sedikit...KC rakan blogger AP selalu sebut sebegitu)

Pemerhatian AP kepada pergolakan antara PAS Perak dan PKR Perak nampak tidak mampu dibendung dan dinafikan lagi.Kegilaan mereka(disebut pemimpin pemimpin utama mereka)
kepada KERUSI UTAMA KUASA POLITIK PERAK iaitu KERUSI MENTERI BESAR semakin menjadi jadi,

Tergugatnya Nizar Jamaluddin dengan LANGKAH BESAR ANWAR bilamana TERBOCOR GERAKAN SULIT mahukan jawatan MENTERI BESAR PERAK DIKUASAI OLEH CALON DARI PKR PERAK.

BAGI MEREKA YANG MENGATAKAN INI PROPAGANDA BARISAN NASIONAL.....MAKA ANDA HARUS MENILAI KEMBALI KENYATAAN KENYATAAN DARI PEMIMPIN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT ANDA SENDIRI


Kenyataan ini diluahkan oleh KETUA CABANG PKR TANJUNG MALIM 

GILANYA MEREKA DENGAN KUASA..KETUA CABANG YANG TAK TERPILIH MENJADI CALON PKR BEHRANG ITU JUGA MASUK BERTANDING MENJADI CALON MENENTANG CALON PILIHAN DEFACTO ANWAR.(gila jawatan MB barangkali)

Tanyakan diri anda wahai rakyat Perak yang bijak...tidakkah tindakan tindakan PEMIMPIN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DI PERAK INI menjurus kepada tindakan GILAKAN KUASA?

MEREKA BERMAIN BAHASA "ZALIM,REJIM,PENINDAS,MENOLAK ISLAM,INIKALILAH" untuk disumbatkan kepada rakyat DEMI MEMASTIKAN RAKYAT DIGELAPKAN MATA DENGAN RAKUS KUASA ITU....


KEJUTAN BILA MANA DIDEDAHKAN BAHAWA BETAPA NIZAR JAMALUDDIN ITU BUKANLAH PILIHAN UNTUK DIJADIKAN MENTERI BESAR PERAK......
Maka bermula semalam,JENTERA MEDIA PAS PERAK tanpa henti membuat publisiti BAHAWA KERUSI MENTERI BESAR PERAK WAJIB KEKAL DI PEGANG PAS DENGAN POSTER POSTER,BANNER BANNER DI KESELURUHAN MEDIA PAS PERAK.

Goyang yer..

Thursday 25 April 2013

Anwar Tak Marah Kak Wan Di Peluk Jantan Sasa?



Anwar ingat dia seorang sahaja yang boleh "romen-romen" dalam video?!! Nah, tengok, Kak Wan pun boleh jugalah! Ingatkan Ikan SEPAT Kering ini tidak laku lagikah? Lihat sendiri betapa caring-nya abangbodyguard kita, siap peluk romantik lagi guna teknik terkaman harimau! Nampaknya Kak Wan mendahului anaknya sendiri dalam menyaingi skandal panas yang diterajui suami tercintanya.

Apa agaknya fatwa PAS untuk perlakuan ini?!! HALAL isteri orang dipeluk oleh bukan muhrim demi keselamatan?!! Kalau macam ini penulis pun nak mohonlah kerja pengawal peribadi untuk wakil rakyat wanita yang hot, tidak kiralah isteri orang atau tidak. Boleh dapat "romen-romen" percuma! Kredit terbaik untuk Minaq Jinggo.

Wednesday 24 April 2013

MARI KENALI CALON DUN TRONG N15


Dr Zabry Abdul Wahid adalah anak jati Trong. Beliau dilahirkan di Kg Temelok Trong merupakan bekas pengarah Mardi Perak dan Sarawak sebelum melepaskan jawatan untuk bertanding bagi kawasan kelahiran nya sendiri iaitu Dun Trong N15.

Beliau juga sangat berpengalaman dalam politik dan pertanian. Banyak idea beliau dalam menyumbangkan pergerakan politik di kawasan Trong.

Kawasan Trong juga adalah kubu kuat BN kerana sudah 2 penggal dimenangi oleh calon dari Barisan Nasional.

Mari sama-sama kita mengekalkan kubu kuat Barisan Nasional ini dengan memberikan sokongan sepenuh nya kepada Dr Zabry Abdul Wahid calon Dun Trong N15

PAS AKAN TERUS GUNAKAN AGAMA ISLAM KERANA ITU SAHAJA SENJATA PALING SENANG MENIPU UMAT ISLAM !!!





Pemimpin Pas terus mempolitikkan agama untuk meraih undi orang Islam apabila mendakwa kononnya mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah satu ibadah besar dan akan memperoleh pahala.

Dalam satu ceramah di Kampung Permatang di sini malam tadi, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa, pengundi yang memangkah pakatan pembangkang akan mendapat ganjaran daripada Allah.

"Saya minta supaya jadikan hari mengundi yang tidak lama lagi sebagai satu ibadah yang besar. Maknanya, jadikan pilihan raya kali ini pilihan raya yang kita akan dapat pahala dengan pangkah Pakatan Rakyat.

"Dengan kalimah bismillahirrahmaninirrahim, pangkah Pakatan Rakyat semata-mata hendak hancurkan kezaliman dan tegakkan kebenaran," katanya.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana mengeluarkan kenyataan mendakwa solat orang UMNO tidak mendapat pahala kerana menolak Islam.

Sementara itu, pada ceramah yang sama, Pas dilihat cuba memulihkan imej parti itu yang bertindak menggugurkan perjuangan mendirikan negara Islam kepada negara kebajikan.

Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, hal tersebut tidak seharusnya menjadi isu kerana kononnya Islam bukan hanya melibatkan perjuangan hudud semata-mata tetapi mencakupi banyak perkara lain.
"Cuma kita alih nama sahaja, negara Islam kepada negara berkebajikan dan itulah pengisiannya.

"Saya hendak minta rakyat dinaungi pemimpin yang adil dan undang-undang yang telus kerana undang-undang sekarang tidak berdasarkan undang-undang yang adil," dakwanya.

PANAS TERIK !!! Imam muda PAS didakwa pukul penggawa UMNO.!!! #Tolakpolitiksamseng


Mengikut fakta mahkamah, imam muda tersebut bertindak memukul penggawa menggunakan besi dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan tindakan penggawa tersebut menegur pihak masjid kerana mengadakan ceramah politik di dalam masjid.

Sejak kebelakangan ini, politik kasar seperti ini sering berlaku di Kelantan. Baru-baru ini, seorang ahli UMNO dipukul semasa menaikkan bendera BN di Tanah Merah. Di Bachok, seorang penyokong BN ditetak oleh penyokong PAS yang datang bersama adiknya sendiri hanya kerana membuka pos BN.

Politik kasar seperti ini perlu ditolak. Yang menghairankan, politik kasar seperti ini sering dicetuskan oleh penyokong PAS di Kelantan. Pelik jika penyokong parti yang mengaku memperjuangkan Islam bertindak di luar batas kemanusiaan dan langsung tidak menunjukkan akhlak muslim yang baik.

Betul lah kata orang, berkopiah atau berjubah sekalipun belum dapat melambangkan peribadi seseorang itu baik. Yang penting adalah dalaman dan bukan luaran. 

PENGUNDI DUN LINTANG. MEH BACA SIKIT


Calon BN di DUN Lintang Dato’”Dzulkifli Harun tidak mahu terlalu “overconfident” tentang keupayaan BN mengekalkan kerusi tersebut.Walaupun kawasan itu merupakan sebuah kawasan dianggap selamat serta diberi harapan tinggi untuk mengekalkannya beliau tetap bekerja dua kali ganda dari biasa kerana “kita tidak boleh ambil sikap sambil lewa’’.

Dalam satu temuramah khas, Datuk Dzulkifli yang diapit isterinya Datin Zaiton Abdul Rahman.

berita sepenuhnya klik di sini

Tuesday 23 April 2013

PENYOKONG PAS BELASAH JURUKAMERA RTM SEHINGGA MENGEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR....???




Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti Pembangkang berkenaan. 

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong PAS mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya. 

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu. 

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis", katanya. 

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini. 

Sumber :metalrockworld

Monday 22 April 2013

Manifesto BN Perak – Masyarakat Berkemahiran, Berilmu dan Berintergriti



Akujanji untuk peluang berkualiti:-

1.    Menaiktaraf Kolej Universiti Sultan Azlan Shah kepada universiti awam - Universiti Sultan Azlan Shah.
2.    Lebih banyak pusat pengajian tinggi.
3.    Mewujudkan Bandar Ilmu Amanjaya (Knowledge City) di antara Batu Gajah dan Seri Iskandar.
4.    Menaikkan had pendapatan isi rumah kepada RM5,000 bagi kelayakan memohon pinjaman pelajaran anak Perak.
5.    Memperkasakan Seri Iskandar sebagai hub pendidikan tinggi.
6.    Peruntukan tahunan bagi Sekolah Agama Rakyat dan pengurusan Ma’ahad Tahfiz.
7.    Peruntukan tahunan SMJK Cina, Tamil dan Mubaligh.
8.    Meneruskan pemberian Dermasiswa Pendidikan untuk pelajar memasuki IPT.
9.    Meneruskan caruman kepada Kumpulan Wang Biasiswa.
10. Tabung Pendidikan Anak-Anak Kaum India.
11. Program Kecemerlangan Murid Orang Asli.
12. Program Kecemerlangan Murid (Tuisyen Online & Pemetaan Minda)
13. Mewujudkan akademi sukan dan bolasepak Negeri Perak.

Antara yang telah dilaksanakan ialah:-

Manifesto BN Perak Dilancarkan!!! (Senarai Penuh)


Manifesto BN Perak Untuk Terjemahkan Gagasan Perak Amanjaya
-Memenuhi Amanah Rakyat Berlandaskan 82 Akujanji Tambahan-

Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Perak dilancarkan dengan iltizam untuk menterjemahkan gagasan Perak Amanjaya yang berpaksikan kepada peluang, pendapatan dan kehidupan berkualiti melalui sebuah kerajaan yang akan melaksanakan 5 akujanji.

Lima akujanji itu ialah:-

1.    Kerajaan yang inklusif dan menjamin keadilan untuk segenap rakyat
2.    Kerajaan yang stabil bagi menjamin keamanan
3.    Kakitangan yang efektif, berintergriti dan cekap
4.    Kerajaan yang mesra pelabur bagi tingkatkan pertumbuhan ekonomi negeri
5.    Kerajaan yang terbuka dan mesra rakyat.

Manifesto itu mengandungi 11 teras utama dengan 82 akujanji tambahan, selain yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, untuk kehidupan dan peluang berkualiti rakyat.

11 teras utama itu ialah:-

1.    Kesejahteraan rakyat
2.    Perumahan rakyat
3.    Memacu ekonomi untuk rakyat
4.    Keselamatan dan ketenteraman rakyat
5.    Pembangunan seimbang untuk rakyat
6.    Masyarakat berkemahiran, berilmu dan berintergriti
7.    Kecekapan penyampaian demi keselesaan rakyat
8.    Memelihara toleransi beragama demi rakyat
9.    Generasi muda harapan rakyat
10. Mengantarabangsakan negeri Perak
11. Meningkatkan peranan wanita demi memperkasakan rakyat

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 6 Februari 2009, BN mengambil pelbagai inisiatif untuk memenuhi harapan dan aspirasi rakyat.

“Manifesto Barisan Nasional bagi PRU-13 ini tidak terisi dengan angan-angan, juga tidak dipenuhi dengan omong-omong kosong, jauh sekali dari menjanjikan bulan dan bintang, yang tidak mungkin boleh dilaksanakan,” katanya ketika berucap melancarkan Manifesto BN Negeri Perak pada Perhimpunan Rakyat Parlimen Padang Rengas hari ini.

Hampir 10,000 pemimpin, ahli dan penyokong BN menghadiri perhimpunan tersebut yang turut dihadiri oleh calon-calon BN.
Dr. Zambry berkata, segala yang termaktub di dalam manifesto ini, InsyaAllah akan dilaksanakan kerana BN berpegang teguh kepada prinsip dan amalan janji ditepati, bukannya janji dimungkiri.

Menurut beliau, sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak pada 6 Februari 2009, BN telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memenuhi harapan dan aspirasi rakyat.

Beliau menambah, melalui pendekatan pentadbiran yang terbuka dan telus, banyak kejayaan dan pencapaian yang telah dinikmati.

“Program turun padang dengan pendekatan 3P, Barisan Nasional memahami denyut nadi rakyat, menyelami perasaan rakyat dan menawarkan penyelesaian kepada mereka,” ujar beliau.

Katanya, BN sentiasa berusaha untuk menambahbaik dasar-dasar dan program bagi manfaat rakyat demi memastikan tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas pelancaran manifesto tambahan itu, Dr Zambry berkata, berbeza dengan manifesto pembangkang, manifesto yang dikemukakannya realistik dan mampu dilaksanakan.

“Dengan adanya akujanji tambahan ini ia akan memberikan satu lagi dimensi untuk negeri Perak kita, selain daripada apa yang telah diumumkan di peringkat nasional, termasuk juga untuk negeri Perak oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak,” ujar beliau.

Berikut teras utama yang ditawarkan. klik untuk lihat sepenuhnya :-











BEKAS MB YANG SUKA MENIPU!!


Tahap perkhidmatan yang diberikan oleh penyandang kerusi parliamen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin harus dijadikan kayu ukur pengundi di DUN Changkat Jering, kata pengerusi Barisan Nasional Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin.

Datuk Rosli, penyandang DUN Terong yang akan menentang bekas Mentri  Besar Perak itu untuk merebut kerusi DUN Changkat Jering berkata: 
"Pengundi telah tertipu sebelum ini kerana sebagai MP (ahli parlimen Bukit Gantang), rakyat tak dapat faedah.


BERITA SEPENUHNYA KLIK DI SINI

Saturday 20 April 2013

AHLI PAS TAIPING HILANG KEPERCAYAAN KEPADA CALON PAS DUN KAMUNTING

MAKLUMAT TERKINI DIPEROLEHI DARIPADA SKUAD BONGKAR DAN BUNGKUS

Pada hari ini 20.4.2013 ( SABTU ) adalah hari penamaan calon yang akan bertanding pada PRU 13 jadi semua calon yang akan bertanding akan menghantar borang bersetuju menjadi calon ke PUSAT PENAMAAN CALON PRU 13 bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Oleh sebab itu bagi DUN KAMUNTING pertembungan antara YB Dato'Zahir (BN) dengan Ustaz Fakhrudin (PAS).Untuk pengetahuan semua USTAZ FAKHRUDIN telah mengimport para penyokong daripada orang PAS dari luar kawasan KAMUNTING seramai 40 orang muat satu buah bas, mereka ini telah bermalam di sebuah HOMESTAY yang berhampiran dengan SURAU NURUL IKHWAN KAMUNTING. Yang menjadi persoalan dan tanda tanya kenapa Ustaz FAKHRUDIN perlukan sokongan dari pihak luar kawasan adakah Ustaz Fakhrudin sudah hilang kepercayaan kepada Ahli PAS KAMUNTING atau pun AHLI PAS KAMUNTING/TAIPING sudah hilang kepercayaan kepada calon mereka sendiri, maklumlah calon ini calon yang dibiayaai sebanyak RM 10,000.00

Friday 19 April 2013

PKR BUKIT GANTANG BERGOLAK. BOIKOT CALON LUAR



Peluang Barisan Nasional untuk merampas semula DUN Kuala Sepetang dari PKR bertambah cerah  berikutan boikot yang dijangka melumpuhkan jentera piliharaya PKR Cabang Bukit Gantang.

Berita sepenuhnya klik di sini

Thursday 18 April 2013

'TRUST LAMP' PKR Halang Jalan. Melampau !


TRUST LAMP yang menghalang jalan di Medan Istana

Nak buat konsert ke ceramah ke ape ke tolong la jangan menyusahkan orang lain sampai nak halang2 jalan sampai mcm nie. Jalan dah la sempit pastu nak parking treler kat tgh jalan dgn trust lamp yang besar kat tgh jalan sampai mcm tu. Beragak la PKR oi ! Jangan melampau. 



Medan Istana, Ipoh


Siap ada kereta parking di tengah pentas


Persoalannya kenapa kereta ini tidak disaman oleh MBI ?

Nampak tak bukti kat situ uls? kenapa kereta yang dipark kat  area tu tak de kertas saman dari MBI Majlis Bandaraya Ipoh huh? kenapa? padahal kereta yang park jaoh sikit je dari situ ade je kertas saman color pink dari MBI taw uolss..haa! ape yang dah jadi ni? MBI ni buat kerja ke tak???? ke ade yang makan rasuah dari pakatan ni? alah kalau nak buat ceramah sampai nak kena rasuah2 orang ni ape hal? fikri sikit orang yang nak park kereta and nak lalu lalang kat situ tak ke susah? nak jugk buat kat parking lot! durrghhh..kamoonnn laaa..orang MBI makan gaji buta ke??






KENALI CALON PARLIMEN BUKIT GANTANG P59


ANAK tempatan berpandangan luas dan berkredibiliti cemerlang, ISMAIL SAFFIAN,dilahirkan pada 27 September, 49 tahun lalu di Kampung Kubu, Bukit Gantang. Penglibatan beliau dalam aktiviti kemasyarakatan dan sosial banyak menyerlahkan keprihatinannya terhadap masalah dan agenda semasa yang dilalui oleh rakyat saban hari.

Sebagai calon pilihan raya bagi Parlimen Bukit Gantang, tentunya Ismail amat sinonim dengan kawasan yang bukan sahaja menjadi tempat kelahirannya malah di sinilah beliau menimba ilmu dari sekolah rendah iaitu Sek. Ren. Dato’ Panglima Bukit Gantang, Taiping pada tahun 1967 sebelum meneruskan ke peringkat menengah di Sek. Men. Tengku Menteri, Changkat Jering dan Sek. Men. Dr. Burhanuddin, Taiping.

Bukan itu sahaja, di tempat tersebut jugalah beliau bertemu jodoh dengan isterinya, Poziah Haji Noh yang juga orang tempatan dari Kampung Sendok Tengah, Bukit Gantang hinggalah dikurniakan lima orang anak.

Latar belakang pendidikannya dalam Ijazah Perumahan, Bangunan dan Perancangan dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang telah memberi pendedahan kepada beliau untuk terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran awam.
Justeru, beliau amat dekat dengan pengurusan dan pernah berkhidmat di Majlis Daerah Kerian, Parit Buntar (1988 –1989), Majlis Perbandaran Manjung (1999 – 2008), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (Mei – Julai, 2008) hinggalah akhirnya dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara.

Sebelum itu juga, beliau turut menyelami dunia pendidikan apabila pernah berkhidmat sebagai guru Matematik di Maktab Rendah Sains MARA, Taiping selama empat tahun bermula 1985.
Keakraban beliau dengan masyarakat tempatan dan kecenderungan dalam aktiviti sosial sememangnya tidak dapat dinafikan hinggakan beliau pernah menjawat Pengerusi Belia 4B di Parlimen Bukit Gantang (1998 – 2004), Penyelaras SUKMA, Kontijen Negeri Perak (2000, 2002, 2004 dan 2006) dan pelbagai pertubuhan social lain dengan memegang jawatan-jawatan penting.



Minat beliau terhadap ilmu pengetahuan yang mendalam tidak pernah padam malah terus berusaha meningkatkan pembelajaran biarpun telah menduduki jawatan tinggi dalam pentadbiran. Ini terbukti apabila kini beliau sedang dalam pengajian peringkat Sarjana untuk Pembangunan Pelancongan di USM.

Sebelum ini juga, beliau banyak menghadiri kursus-kursus dan latihan sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa seperti kursus mengenai pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Negara-negara ASEAN di Council of Local Authority International Relation (CLAIR) Tokyo, Jepun (1996), kursus ‘Sistem Maklumat Geografi’ di University of Queensland, Brisbane, Australia (1995), menghadiri Sesi Dialog Peringkat ASEAN Mengenai ‘Corruption Presentation – Singapore Experient di Singapura (2002) dan lain-lain lagi termasuk China.

Dalam bidang politik pula, penglibatan Ismail Saffian telah pun terserlah sejak lebih 20 tahun lalu malah telah pun dilantik sebagai Setiausaha Pemuda UMNO, Bukit Gantang (1984 – 1987); dan kemudiannya Setiausaha UMNO, Bukit Gantang (1999 – 2004) juga Setiausaha Barisan Nasional, Bahagian Bukit Gantang (1999 hingga kini).

Sememangnya, kejayaan dan kecemerlangan beliau dalam pelbagai aktiviti telah diiktiraf bukan sahaja dengan anugerah khidmat cemerlang di peringkat tempatan, daerah dan negeri tetapi juga pelbagai pingat seperti pingat Pekerti Terpilih (PPT – 1992), pingat Ahli Mangku Perak (AMP – 1997), pingat Ahli Mangku Negara (AMN – 2006), pingat Bintang Cemerlang Melaka (BMC – 2006) dan pingat Paduka Mahkota Perak (PMP – 2008).

Justeru, telah terbukti bahawa kejayaan cemerlang Ismail Saffian ini telah menjadi wadah kepada masyarakat untuk kesinambungan pembangunan dan kebajikan masyarakat bagi kekal kukuh bersama BN.





Wednesday 17 April 2013

PAS BUKIT GANTANG BIADAP!!!!

Pas boleh mengaibkan orang lain tetapi orang lain tidk boleh mengaibkan Pas. Gambar di atas dirakam semasa kempen PRK P59 Bukit Gantang. Pas menuduh Najib membunuh Attantuya. 

ANDA  FIKIR LA SENDIRI !!!!


SUMBER:TAIPINGMALI

PANAS TERIK!! UMNO Saman @TianChua RM500juta Kerana memfitnah Isu #LahadDatu Konspirasi UMNO..



Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR, Chua Tian Chiang atau Tian Chua dan dua yang lain berhubung artikel yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com. berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, baru-baru ini.

Selain Tian Chua, Ab Rauf turut menamakan Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel itu Aisha Geoffrey sebagai defendan.

Beliau memfailkan saman itu melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Mac lepas.

Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini selepas kes itu disebut di hadapan Hakim Rosilah Yop di dalam kamarnya.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan, yang mewakili Ab. Rauf memberitahu pemberita mahkamah menetapkan 23 April ini untuk Tian Chua memfailkan pembelaan dan tarikh yang sama ditetapkan untuk pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel “Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno” yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu.

Ab Rauf mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa Umno merupakan dalang di dalam konspirasi jahat untuk Barisan Nasional menang dalam pilihan raya akan datang di negeri Sabah dan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu selain mendakwa Umno adalah pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata notis tuntutan bertarikh 4 Mac lepas telah dihantar kepada Tian Chua supaya membuat permohonan maaf secara bertulis dan menarik balik kenyataan berunsur fitnah itu, tetapi Tian Chua tidak memberikan sebarang jawapan.

Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, Ab Rauf mendakwa reputasi Umno terjejas kerana kes pencerobohan di Lahad Datu melibatkan kedaulatan negara yang juga merupakan isu sensitif kerana mengakibatkan pertumpahan darah dan tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap negeri Sabah yang telah diisytiharkan sebagai milik Malaysia sejak sekian lama.

Ab Rauf memohon satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan kenyataan fitnah itu terhadapnya sama ada secara lisan, media cetak atau internet.

Beliau juga menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, permohonan maaf secara bertulis oleh defendan untuk diterbitkan dalam semua akhbar, faedah, kos dan lain- lain perintah selanjutnya yang dianggap sesuai oleh mahkamah. 

Dijangka kesemua tuntutan berjumlah RM500juta, jumlah ini akan membangkrapkan Pakatan haram selepas PRU13 nanti.

PANAS!!!PANAS!!!PANAS!!! PAS BUKAN LAGI PARTI ISLAM !!!



Kaum India sertai PAS....???
hahaha... Kat sini pun dah mcm xbetul ja....
PAS kata parti lepa parti Islam... Tapi kenapa ada kaum lain selain Islam...???
Opppss... Baru teringat.... yang PAS skrang bkn parti Islam dah....
PAS skrang PARTI AJARAN SESAT....!!!
jgn marah arrr... nanti kena jual....

Kenapa admin kata mcm tue.. Sbb nya PAS skrang tunduk kepada DAPig.... PAS skrang dah lari dari perjuangan asal.. PAS skrang dah mula menjadi buta pegangan agama sbb nak kejar impian ke Putrajaya..
Kenapa jadi sedemikian...???
mungkin kawan2 admin boleh jawap...???

#TolakPR
#PG13
 

Dr Zambry Kekal Bertanding Di DUN Pangkor


Akhirnya desas desus mengatakan Dr Zambry yang akan berpindah ke parlimen atau ke dewan undangan lain ternyata salah. Beliau telah memutuskan akan kekal bertanding di DUN Pangkor...

berita sepenuhnya klik di sini

Tuesday 16 April 2013

(GAMBAR) CALON BARISAN NASIONAL NEGERI PERAK PRU 13



P.63: TAMBUN

DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH (Kekal)

P.055 :  LENGGONG
 DATO’ SHAMSUL ANUAR NASARAH (Kekal)

N.04 : KOTA TAMPAN
 YB DATO SAARANI BIN MOHAMAD (Kekal)


P.060 : TAIPING
DATO’ TAN LIAN HOE (Berpindah dari Parlimen Gerik)


N.14 : CHANGKAT JERING
DATUK ROSLI HUSIN (Berpindah dari DUN Trong)



P.069 : PARIT
DATO MOHD ZAIM ABU HASSAN (Bertukar dari DUN Belanja)


N.20 : LUBUK MERBAU
DAT0 SITI SALMAH BINTI MAT JUSAK (Bertukar  dari DUN Chenderoh)


N.47 : AYER KUNING
YB DATO SAMSUDIN ABU HASSAN (Kekal)


N.55 : PASIR BERDAMAR
DATUK M KAYVEAS (Kekal Bertukar Dari Parlimen Taiping)


N.39 : BOTA
YB DATO NASARUDDIN HASHIM (Kekal)


N.18 : AULONG
SOO KAY PENG (Muka Baru)


P.057 : PARIT BUNTAR
MUA’AMAR GHADAFI JAMAL DATUK WIRA HAJI JAMALUDIN (Muka Baru)


N.42 : TUALANG SEKAH
NOLEE ASHILIN MOHAMMED RADZI (Kekal)


N.59 : BEHRANG
DATUK HJ RUSNAH KASSIM (Kekal Bertukar Dari DUN Hulu Kinta)



P.067 :  KUALA KANGSAR
DATO’ WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR WAN AHMAD (Bertukar dari DUN Bukit Chandan)


P.054 : GERIK
DATO HASBULLAH OSMAN (Berpindah dari DUN Temengor ke Parlimen)



N.34 : BUKIT CHANDAN
MASLIN SHAM RAZMAN (Muka Baru)



N.32 : MENGLEMBU
LOO GAR YEN (Muka Baru)



N.01 : PENGKALAN HULU
AZNEL IBRAHIM (Muka Baru)


N.11 : GUNUNG SEMANGGOL
ZULKARNAIN BIN ISMAIL (Muka Baru)


N.08 : TITI SERONG
ABU BAKAR  BIN MAT ALI (Bekas calon 2008)


N.49 : KAMPUNG GAJAH
ABDULLAH FAUZI BIN AHMAD RAZALI (Muka Baru)




P.059 : BUKIT GANTANG (Bekas Calon Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang)
DATO’ ISMAIL SAFIAN


P.061 : PADANG RENGAS
DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABD AZIZ (Kekal)


N.15 : TRONG
DR ZABRI BIN ABDUL WAHID (Muka Baru)


N.23 : MANJOI
MOHAMAD  ZIAD BIN DATO HJ MOHAMED (Muka Baru)


N.35 : MANONG
MOHAMAD KAMIL DATO SHAFIE (Muka Baru)


P.062 : SUNGAI SIPUT
DATO’ DEVAMANY S. KRISHNASAMY (Berpindah dari Parlimen Cameron Highlands)