Tuesday 9 April 2013

Nik Aziz Abaikan Pesanan Nabi




Daripada Ibnu Umar r.a.:

Pada suatu hari aku telah datang berjumpa Rasulullah S.A.W. dan ketika itu beliau sedang berada di tengah-tengah sahabat-sahabatnya yang terkemuka. 

Tiba-tiba salah seorang sahabat dari Ansar berdiri dan bertanya kepada Rasulullah S.A.W:

"Ya Nabi Allah, siapakah manusia yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas otaknya?".


Rasulullah S.A.W. lalu menjawab:

"Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingat-ingati mati, dan yang paling banyak menyediakan bekalan untuk menghadapi kematian. Mereka itulah sebenarnya orang-orang yang pintar sekali. Mereka telah membolot kemuliaan dunia serta ketinggian darjat di akhirat". 
(Riwayat at-Tabarani).

Orang yang paling banyak mengingati mati itulah dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai orang yang paling pintar dan cerdas kerana orang yang paling banyak ingat mati itulah yang paling lengkap persediaan untuk mati, sehingga dialah orang yang mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di Akhirat nanti.


Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Bila hati seorang sudah dimasuki oleh Nur (cahaya iman), maka hati itu akan menjadi lapang dan terbuka". 

Setelah mendengar ucapan Rasulullah S.A.W. itu orang ramai lalu bertanya:

"Apakah tandanya hati yamg lapang dan terbuka itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah S.A.W. menjawab:

"Ada perhatiannya terhadap kehidupan yang kekal di Akhirat nanti, dan timbul kesedaran dan pengertiannya terhadap tipu daya kehidupan dunia sekarang ini, lalu bersedia-sedia menghadapi mati sebelum datangnya mati itu".
(Riwayat Ibnu Jarir).


info dari - budak benteng

No comments:

Post a Comment