Thursday 18 April 2013

KENALI CALON PARLIMEN BUKIT GANTANG P59


ANAK tempatan berpandangan luas dan berkredibiliti cemerlang, ISMAIL SAFFIAN,dilahirkan pada 27 September, 49 tahun lalu di Kampung Kubu, Bukit Gantang. Penglibatan beliau dalam aktiviti kemasyarakatan dan sosial banyak menyerlahkan keprihatinannya terhadap masalah dan agenda semasa yang dilalui oleh rakyat saban hari.

Sebagai calon pilihan raya bagi Parlimen Bukit Gantang, tentunya Ismail amat sinonim dengan kawasan yang bukan sahaja menjadi tempat kelahirannya malah di sinilah beliau menimba ilmu dari sekolah rendah iaitu Sek. Ren. Dato’ Panglima Bukit Gantang, Taiping pada tahun 1967 sebelum meneruskan ke peringkat menengah di Sek. Men. Tengku Menteri, Changkat Jering dan Sek. Men. Dr. Burhanuddin, Taiping.

Bukan itu sahaja, di tempat tersebut jugalah beliau bertemu jodoh dengan isterinya, Poziah Haji Noh yang juga orang tempatan dari Kampung Sendok Tengah, Bukit Gantang hinggalah dikurniakan lima orang anak.

Latar belakang pendidikannya dalam Ijazah Perumahan, Bangunan dan Perancangan dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang telah memberi pendedahan kepada beliau untuk terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran awam.
Justeru, beliau amat dekat dengan pengurusan dan pernah berkhidmat di Majlis Daerah Kerian, Parit Buntar (1988 –1989), Majlis Perbandaran Manjung (1999 – 2008), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (Mei – Julai, 2008) hinggalah akhirnya dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara.

Sebelum itu juga, beliau turut menyelami dunia pendidikan apabila pernah berkhidmat sebagai guru Matematik di Maktab Rendah Sains MARA, Taiping selama empat tahun bermula 1985.
Keakraban beliau dengan masyarakat tempatan dan kecenderungan dalam aktiviti sosial sememangnya tidak dapat dinafikan hinggakan beliau pernah menjawat Pengerusi Belia 4B di Parlimen Bukit Gantang (1998 – 2004), Penyelaras SUKMA, Kontijen Negeri Perak (2000, 2002, 2004 dan 2006) dan pelbagai pertubuhan social lain dengan memegang jawatan-jawatan penting.



Minat beliau terhadap ilmu pengetahuan yang mendalam tidak pernah padam malah terus berusaha meningkatkan pembelajaran biarpun telah menduduki jawatan tinggi dalam pentadbiran. Ini terbukti apabila kini beliau sedang dalam pengajian peringkat Sarjana untuk Pembangunan Pelancongan di USM.

Sebelum ini juga, beliau banyak menghadiri kursus-kursus dan latihan sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa seperti kursus mengenai pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Negara-negara ASEAN di Council of Local Authority International Relation (CLAIR) Tokyo, Jepun (1996), kursus ‘Sistem Maklumat Geografi’ di University of Queensland, Brisbane, Australia (1995), menghadiri Sesi Dialog Peringkat ASEAN Mengenai ‘Corruption Presentation – Singapore Experient di Singapura (2002) dan lain-lain lagi termasuk China.

Dalam bidang politik pula, penglibatan Ismail Saffian telah pun terserlah sejak lebih 20 tahun lalu malah telah pun dilantik sebagai Setiausaha Pemuda UMNO, Bukit Gantang (1984 – 1987); dan kemudiannya Setiausaha UMNO, Bukit Gantang (1999 – 2004) juga Setiausaha Barisan Nasional, Bahagian Bukit Gantang (1999 hingga kini).

Sememangnya, kejayaan dan kecemerlangan beliau dalam pelbagai aktiviti telah diiktiraf bukan sahaja dengan anugerah khidmat cemerlang di peringkat tempatan, daerah dan negeri tetapi juga pelbagai pingat seperti pingat Pekerti Terpilih (PPT – 1992), pingat Ahli Mangku Perak (AMP – 1997), pingat Ahli Mangku Negara (AMN – 2006), pingat Bintang Cemerlang Melaka (BMC – 2006) dan pingat Paduka Mahkota Perak (PMP – 2008).

Justeru, telah terbukti bahawa kejayaan cemerlang Ismail Saffian ini telah menjadi wadah kepada masyarakat untuk kesinambungan pembangunan dan kebajikan masyarakat bagi kekal kukuh bersama BN.





No comments:

Post a Comment