Sunday 24 March 2013

PRU13 - UNDI DAP MASUK SYURGA?



DAP memang sengaja mahu parti mereka diharamkan,Dek kerana penipuan didalam pemilihan CEC dan sengaja tidak memberi kerjasama kepada pihak ROS. Ini satu peluang untuk meraih simpati daripada pengundi cina kononnya kerajaan BN menzalimi parti mereka.



Sedangkan DAP diberi peluang dan diberi layanan istimewa oleh pihak ROS,beberapa kenyataan yang dibuat oleh Lim Kit Siang dan Guan Eng adalah kononnya parti DAP bakal diharamkan adalah satu tindakan preemptive kerana mereka sedar DAP pasti akan diharamkan kerana telah melanggar ketetapan akta pertubuhan.
Hari ini PAS telah menawarkan kepada DAP jika sebelum PRU13 parti itu diharamkan. Kita semua sedar tahaluf siyasi PAS kepada DAP cukup kuat. Hinggakan Allah dihina sekali pun mereka masih tetap berpeluk dan berkulum lidah,tahaluf siyasi gampangan PAS ini membuktikan tiada dosa yang dilakukan DAP malah perjuangan parti ultrakiasu chauvanis rasis ini dihalalkan.



Selepas ini jika calon DAP bertanding menggunakan lambang PAS,bertanding dibawah bendera PAS sudah pasti mengundi calon DAP terutamanya Lim Guan Eng,Karpal atau Lim Kit Siang akan dijanjikan syurga kerana membantu parti Islam.
Bayangkan pakcik makcik yang mahukan syurga PAS terpaksa pangkah Kit Siang,Guan Eng atau pun Karpal. Taraf calon DAP yang bertanding dibawah bendera PAS sekarang ini sudah setaraf ulama.



Selepas ini DAP pula boleh berkempen dengan menawarkan syurga dan pahala,malah kelebihan ini juga mereka dapat menggunakan ayat quran bagi menarik lebih ramai pengundi.
Jangan lupa hudud dah dilupakan PAS dek kerana Kit Siang,Karpal dan Guan Eng berdehem tempoh hari…







No comments:

Post a Comment