Wednesday 27 March 2013

KENAPA NIZAR LARI DARIPADA BERTANDING DI PASIR PANJANG ?? PART 2



...beliau telah terperangkap dengan 'auta' beliau sendiri. Dalam ketaksuban dan keghairahan beliau meraih simpati rakyat dengan politik kotornya, memburuk-burukkan Dr Zambry sebagai MEnteri Besar dan Barisan Nasional, beliau tidak sedar bahwa ianya memakan diri sendiri.

Salah satu contoh yang membuatkan penduduk Pasir Panjang 'bengkak' dan meluat melihat perangai Nizar ialah dalam isu Vale.

Projek Vale yang terletak di Teluk Rubiah, dalam kawasan DUN Pasir Panjang. Seperti yang diketahui umum, projek tersebut melibatkan pelaburan sebanyak RM5.8 billion daripada syarikat Brazil Atigas Technology Sdn Bhd (Atigas) merupakan salah satu projek pelaburan asing yang terbesar di negeri perak. Ia dapat menjana RM 12.73 billion pendapatan negeri serta menyediakan 3000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Meskipun menyedari kebaikan yang dijanjikan oleh projek ini, Nizar dengan sedaya upayanya cuba untuk memburuk-burukkan projek tersebut, dengan mengatakan ianya akan membawa kemusnahan kepada alam sekitar. Malah beliau sanggup mengatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah menyokong projek tersebut (dalam usaha membuktikan bahawa mereka sahaja yang baik dan tidak pernah membuat salah atau kerosakan).

Berkali-kali beliau mengatakan dalam ceramahnya, bahawa BELIAU TIDAK PERNAH MENYOKONG PROJEK TERSEBUT. Beliau mengatakan, kerajaan PR yang mana ketika itu di bawah kuasa NIZAR sebagai Menteri Besar, tidak pernah mengeluarkan surat menyatakan sokongan terhadap projek melibatkan syarikat asing tersebut. Malah ianya disebut dalam persidangan DUN.

PART 1 : http://perakkayangan.blogspot.com/2013/03/kenapa-nizar-lari-daripada-bertanding.html

No comments:

Post a Comment