Saturday, 30 March 2013

Terkini !!! Kisah Jelingan Menakutkan si "Suluk Parang" didedahkan??



Pagi Khamis, tiba-tiba dia didatangi seseorang dalam lingkungan 50-an yang dikenali sebagai Pak Cik Mingul yang mengajaknya bersarapan. Dari inap tempat dia tinggal, mereka berjalan ke kedai makan. Tiada bicara, hanya asap rokok dan keluhan dari Pak Cik Mingul yang kedengaran.Hatinya berdebar-debar menantikan apakah rahsia yang akan terungkap.

"Kalau di sini, kita takut buat hal. Jangan terlanggar orang-orang dia. Teruk kita nanti. Mereka tinggal di persisiran pantai, telah lama berulang-alik ke Filipina. Hanya 1 jam. Macam-macam yang dibawa balik ke sini." Kata Pak Cik Mingul.

"Penuh orang-orang dia di bandar ini. Jangan parking di tempat-tempat ketua mereka di depan kedai tertentu. Sukar untuk bersihkan semua sekali. Kalau dibersihkan, esok lusa datang lagi. Paling elok bina saja kompleks atau kem tentera di tapak kampung mereka. Mereka ramai..... perkampungan merekaada di hampir semua kawasan pantai seluruh negeri ini." katanya lagi.

Untuk makluman, Kampung Pengkalan dan Batu-Batu di Felda Sahabat ini merupakan kawasan penempatan Sulu dengan kapasiti 200 - 300 penghuni setiap satu.

Pelbagai etnik Sulu menetap di kampung-kampung ini termasuklah Sulu Parang yang dikatakan etnik paling ganas serta akan menuntut bela apabila etniknya diganggu.

sumber - anak jati malaya

No comments:

Post a Comment