Apabila berlakunya penipuan didalam pemilihan CEC hinggakan
yang kalah boleh dimenangkan hanya atas alasan kesilapan Microsoft,maka seluruh
pimpinan DAP pusat menyokong penuh kenyataan Lim Guan Eng. Penipuan yang dibuat
telah menangkan Zairil Setiausaha Politiknya semata mata mahu menunjukkan DAP
turut pilih orang melayu jadi anggota jawatankuasa pusat DAP sedangkan Zairil
adalah anak cina.
Kemudian Lim Guan Eng buat satu lagi kejutan,apabila jumlah
kos membuat terowong meningkat lebih 2 billion,kali ini beliau beri alasan
tersalah taip. Pisau tahu rakyat Pulau Pinang dan seluruh Malaysia pasti dapat
menerima pengakuan Lim Guan Eng kerana pemimpin yang menjadi tokong haprak
pakatan ini tidak mampu untuk berbohong jauh sekali untuk makan rasuah .
Apalah sangat dengan perbezaan 2 billion lagi pun wang
tersebut boleh dibuat belanja seluruh keturunan Lim semua ini atas restu anda
semua juga.Pisau berharap Lim Guan Eng dapat dikekalkan lagi sebagai ketua
menteri kerana sepenggal jadi ketua menteri masih tak cukup untuk sapu bersih
kekayaan negeri. Anda harus bantu realisasikan hasrat Guan Eng jangan lupa
pangkah DAP…
PULAU PINANG, 29 Mac – Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang,
Lim Guan Eng terus dibidas berhubung alasan tersalah taip kos pembinaan projek
teorowong dasar laut di Pulau Pinang.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein
Mydin, Guan Eng yang mempunyai latar belakang sebagai akauntan menjadikannya
seorang pakar kreatif memanipulasi akaun dan angka.
Kerana itulah kata beliau Guan Eng amat gemar menggunakan
angka dalam setiap kenyataan yang diberi.
“Ini bukan kali pertama dia mengelirukan rakyat dengan
angka. Jika kita tidak pandai, memang kita akan menerima apa sahaja kenyataan
Guan Eng tetapi apabila terperangkap, alasan tidak logik akan diberikan. Dengan
latar belakang seorang akauntan, menjadikan dia amat pakar untuk memanipulasi
angka.
“Amatlah tidak masuk akal alasan yang diberinya iaitu salah
taip. Dulu semasa pemilihan Jawatan Kerja Pusat (CEC), alasannya salah kira,
kali ini salah taip dan Guan Eng mahu semua orang menerima alasannya ini.
Adakah patut seorang Ketua Menteri mengulangi kesalahan yang sama berulangkali
dan memberikan alasan tidak munasabah bila terperangkap.
“Kemudian seperti biasa mereka akan salahkan Barisan
Nasional (BN). Yang boleh buat salah mereka tetapi orang lain tidak boleh. Jika
kita tidak desak sudah pasti kehilangan RM2.25 billion tidak akan diketahui
rakyat. Adakah DAP menganggap rakyat begitu bodoh?,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Shaikh Hussein, inilah rupa sebenar DAP.
“Mereka hanya mahu kelirukan rakyat kononnya kos sebenar
yang diumumkan melebihi RM8 billion telah dapat dikurangkan kepada RM6.3
billion. Tetapi DAP lupa, jumlah sebenar yang telah diumumkan terlebih dahulu
untuk pembinaan terowong dasar laut dan tiga lebuh raya adalah RM4.08 billion.
“Apabila BN Pulau Pinang terus mendesak berkenaan
peningkatan jumlah kos ini barulah mereka membuat kenyataan kononnya salah
taip. Logik ke alasan seperti ini? Layakkah orang seperti ini mahu memimpin
negara?
“Sekiranya nanti apabila mereka telah mendapat mandat
memimpin negara dan perkara seperti ini terjadi, adakah alasan bodoh seperti
itu juga mahu diberikan kepada rakyat… Jadi, pada PRU-13 akan datang saya
berharap rakyat tidak akan silap ketika mengundi.
“DAP harus disingkirkan dari negeri ini kerana mereka tidak
layak terus memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang. Di tangan mereka,
ekonomi negeri ini turut merudum,” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment