KUALA LUMPUR - Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
dinasihatkan tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor
pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Amizan
Man mendakwa, ini kerana terdapat kelompok tertentu dalam parti menolak
kehadiran Presiden PKR itu di negeri tersebut.
"Ada kelompok tertentu berkata Datin Seri (Wan Azizah)
tak payah bertanding (DUN Selangor). Hal ini kerana Selangor bukanlah kawasan
beliau.
"Kalau bertanding juga, ini akan memecahbelahkan parti.
Jadi tak payahlah. Duduk diam-diam di Permatang Pauh," dakwanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam satu sidang akhbar semalam, Wan Azizah membayangkan
kemungkinan bertanding di kerusi DUN dan disebut-sebut bakal dicalonkan di
sebuah kerusi di Selangor.
Malah, beliau dijangka dilantik sebagai Menteri Besar jika
pakatan pembangkang berjaya mengekalkan kuasa mereka.
Amizan mendakwa, walaupun peratusan kemenangan Wan Azizah
dikatakan cukup kuat jika bertanding di DUN Selangor, namun perkara itu akan
menampakkan PKR bersifat seperti 'parti keluarga'.
"Bagilah kepada Azmin. Tak manis beliau dan Azmin
bertanding DUN Selangor," katanya.
No comments:
Post a Comment