Pagi Khamis, tiba-tiba dia didatangi seseorang dalam
lingkungan 50-an yang dikenali sebagai Pak Cik Mingul yang mengajaknya
bersarapan. Dari inap tempat dia tinggal, mereka berjalan ke kedai makan. Tiada
bicara, hanya asap rokok dan keluhan dari Pak Cik Mingul yang
kedengaran.Hatinya berdebar-debar menantikan apakah rahsia yang akan terungkap.
"Kalau di sini, kita takut buat hal. Jangan terlanggar
orang-orang dia. Teruk kita nanti. Mereka tinggal di persisiran pantai, telah
lama berulang-alik ke Filipina. Hanya 1 jam. Macam-macam yang dibawa balik ke
sini." Kata Pak Cik Mingul.
"Penuh orang-orang dia di bandar ini. Jangan parking di
tempat-tempat ketua mereka di depan kedai tertentu. Sukar untuk bersihkan semua
sekali. Kalau dibersihkan, esok lusa datang lagi. Paling elok bina saja
kompleks atau kem tentera di tapak kampung mereka. Mereka ramai.....
perkampungan merekaada di hampir semua kawasan pantai seluruh negeri ini."
katanya lagi.
Untuk makluman, Kampung Pengkalan dan Batu-Batu di Felda
Sahabat ini merupakan kawasan penempatan Sulu dengan kapasiti 200 - 300
penghuni setiap satu.
Pelbagai etnik Sulu menetap di kampung-kampung ini
termasuklah Sulu Parang yang dikatakan etnik paling ganas serta akan menuntut
bela apabila etniknya diganggu.
No comments:
Post a Comment