Thursday, 28 March 2013

Panas!!!!! PKR dan Dap Keluar Senarai Calon




Dap dan Pkr sudah booking kerusi selesa bagi calon masing masing. Pas nampaknya masih lagi tertinggal dari segi menempatkan kedudukan kerusi yang selesa bagi parti mereka. Nampaknya kerusi pas hanya akan diberi sekiranya kerusi itu adalah kubu kuat UMNO. Nampaknya pas terpaksalah berdepan dengan calon calon umno. Cubaan untuk melagakan umno dan pas adalah satu strategi licik untuk memecah belahkan umat islam yang pastinya menjadi penyokong kuat kepada kedua dua parti itu.

SENARAI CALON PKR 

Sembrong - Onn Abu Bakar
Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Segamat - Chua Jui Meng
Batu Pahat - Syed Hamid Ali
Selayang - William Leong Jee Ken
Kuantan - Fuziah Salleh
Azan Ismail - Kemaman
Padang Serai - N Surendran
Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail
Sungai Petani - Johari Abdul
Pandan - Rafizi Ramlii
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayub
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian


SENARAI CALON DAP

Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong
Ipoh Timur - Thomas Su
Ipoh Barat - Wong Kah Woh
Batu Gajah - V Sivakumar

Dun Perak bubar automatik 25 April



Dewan Undangan Negeri akan terbubar dengan sendirinya pada 25 April ini jika tiada pengumuman pembubaran dalam tempoh sekarang hingga tarikh berkenaan. Kerajaan negeri hanya menunggu isyarat kerajaan Persekutuan berhubung pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihanraya diadakan serentak di seluruh negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang isyarat mengeni tarikh membubarkan Dun malah Perak masih menpunyai tempoh lebih kurang sebulan sebelum terbubar secara automatik.


"DUN Perak akan terbubar sacara automatik pada 25 April ini dan tidak timbul soal hendak bubar DUN seprti diuar-uarkan negeri pembangkang". "Apa yang jelas, kita akan mengadakan pilihanraya serentak dengan peringkat nasional dan kini kita menanti pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya elepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco.

IZZAH MENANGIS BILA VIDEO SEKSNYA DIDEDAHKAN.



Gua difahamkan oleh satu sumber bahawa Nurul Izzah menangis bila Saifuddin Nasution buat dakwaan ada video seksnya bersama pensyarah bakal tersebar..

Tak tahu lah sama ada Saifuddin dah tengok video tu atau tak, tapi rasanya tak patut Setiausaha Agung PKR tu buat macam tu pada Izzah..

Saifuddin kena ingat.., airmata Izzah tu adalah airmata rakyat! Kalau anak pompuan Anwar tu menangis, confirm ramai rakyat pun menangis jugak beb..

Gua ingat lagi dulu masa Anwar dikatakan disuntik dengan arsenik dan HIV sewaktu dalam penjara Sg Buloh.., Wan Azizah terpaksa jual airmata ke seluruh negara untuk cari simpati..

Masa tu.., ramai makcik-makcik di kampung tertipu dengan lakonan Wan Azizah.. Rupa-rupanya suntikan arsenik dan juga HIV tu hanyalah sandiwara laki bini tersebut je..

Sekarang, gua yakin skrip yang sama diwarisi oleh Nurul Izzah.. Cuma bezanya sekarang ialah video seks.., bukannya arsenik atau HIV lagi dah..

So percayalah..., semua ni hanya satu lagi sandiwara produksi Anwar and the family bagi mendapat simpati rakyat..

Tak percaya?? Tunggu lah sikit masa lagi kesudahan cerita video seks Izzah ni.. Nampak sangat menipunya beb!

Wednesday, 27 March 2013

KENAPA NIZAR LARI DARIPADA BERTANDING DI PASIR PANJANG ?? PART 2



...beliau telah terperangkap dengan 'auta' beliau sendiri. Dalam ketaksuban dan keghairahan beliau meraih simpati rakyat dengan politik kotornya, memburuk-burukkan Dr Zambry sebagai MEnteri Besar dan Barisan Nasional, beliau tidak sedar bahwa ianya memakan diri sendiri.

Salah satu contoh yang membuatkan penduduk Pasir Panjang 'bengkak' dan meluat melihat perangai Nizar ialah dalam isu Vale.

Projek Vale yang terletak di Teluk Rubiah, dalam kawasan DUN Pasir Panjang. Seperti yang diketahui umum, projek tersebut melibatkan pelaburan sebanyak RM5.8 billion daripada syarikat Brazil Atigas Technology Sdn Bhd (Atigas) merupakan salah satu projek pelaburan asing yang terbesar di negeri perak. Ia dapat menjana RM 12.73 billion pendapatan negeri serta menyediakan 3000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Meskipun menyedari kebaikan yang dijanjikan oleh projek ini, Nizar dengan sedaya upayanya cuba untuk memburuk-burukkan projek tersebut, dengan mengatakan ianya akan membawa kemusnahan kepada alam sekitar. Malah beliau sanggup mengatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah menyokong projek tersebut (dalam usaha membuktikan bahawa mereka sahaja yang baik dan tidak pernah membuat salah atau kerosakan).

Berkali-kali beliau mengatakan dalam ceramahnya, bahawa BELIAU TIDAK PERNAH MENYOKONG PROJEK TERSEBUT. Beliau mengatakan, kerajaan PR yang mana ketika itu di bawah kuasa NIZAR sebagai Menteri Besar, tidak pernah mengeluarkan surat menyatakan sokongan terhadap projek melibatkan syarikat asing tersebut. Malah ianya disebut dalam persidangan DUN.

PART 1 : http://perakkayangan.blogspot.com/2013/03/kenapa-nizar-lari-daripada-bertanding.html

BOB LOKMAN MENGAKU!!! JADI UMPAN PAS........




Bekas pelawak dan komposer, Bob Lokman hari ini mengaku dirinya dipergunakan untuk memancing kehadiran orang ramai ke ceramah-ceramah anjuran PAS. Populariti yang dimilikinya sudah cukup untuk menarik lebih ramai pengundi dan penyokong untuk hadir ke majlis-majlis ceramah PAS. 

Tapi MKP agak musykil dengan apa yang dilakukan oleh PAS kerana mengutip derma bagi memenuhi Kantung Parti untuk kepentingan individu tertentu sahaja terutama pemimpin mereka sendiri.

Bekas ahli PAS seumur hidup, Zainol Ismail, mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan Tabung Memali oleh pimpinan PAS sejak 1985. 

“Banyak penyelewengan berlaku dan ia sudah berlarutan terlalu lama, namun perkara itu tidak pernah diambil tindakan oleh pimpinan PAS,” katanya.

Insiden berdarah Memali berlaku di Kampung Memali, Baling, pada 19 November 1985 apabila kira-kira 200 anggota polis bertembung dengan kira-kira 400 penduduk, yang juga pengikut Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali Ibrahim Libya. 

Kejadian itu menyebabkan menyebabkan 14 orang awam dan empat anggota polis terkorban, manakala 159 lagi ditahan, termasuk 36 daripadanya dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sementara itu, Cikgu Non turut menyelar sikap pimpinan PAS yang disifatkannya sebagai lidah bercabang kerana sentiasa memberi kenyataan tidak konsisten berhubung banyak perkara, termasuk hal berkaitan agama Islam.


Dua tahun lalu, Cikgu Non yang menulis buku ‘Mat Sabu : Air Mata di Bumi Memali’, pernah membuat laporan polis atas dakwaan diugut dan dikasari Lujnah Keselamatan PAS Kedah berikutan bukunya itu, yang dikatakan mendedahkan penyelewengan mengenai pungutan derma kepada Tabung Memali.

Bob juga berkata beliau hanya perlu tampil di khalayak dan tidak perlu menunjukkan sikap pandai dan tidak perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai politik.

Takkan nak kena ada ilmu bila kebenaran didedahkan dengan fakta dan bukti namun sehingga kini kepimpinan PAS membisu serta tidak mengambil apa-apa tindakan.

Bob kemudiannya dengan bersahaja berkata, beliau adalah umpan pada setiap ceramah Pakatan Rakyat yang dihadirinya.

“Saya sebagai umpan..jadi orang akan tunggu bila Bob Lokman nak bercakap ni.

Tapi sebelum Bob Lokman bercakap mesti ada Karung atau Guni untuk mengutip derma.... setahu MKP 10% diberikan pada penganjur 60% pada penceramah 30% pada PAS pusat.. Kalau kutipan pada malam tue rm 10,000  maka penganjur hanya dapat rm 1,000 penceramah rm 6,000 dan PAS Pusat dapat rm3,000 Perghhhh masyukkk tue....

Sumber : http://matkilaupenang.blogspot.com