Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari
golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah,
cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama,
kali ini segalanya berubah.
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati
ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa
mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.
Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika
ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di
masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.
Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan
lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan
majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini
pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.
Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang
sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam
itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka
sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.
Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak
perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di
Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS
juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.
Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng
tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan
Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah
Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).
Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas
pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS
(STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000
orang.
Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada
mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini
atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka
nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.
Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang
mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS
Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta
PERKASA yang turut memainkan peranannya.
Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan
PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana
banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS
mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu
majlis yang disertai pemimpin utamanya.
Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen
penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat
rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan
penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta
golongan non-partisan.
Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS
dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan
khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu
sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.
Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan
mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan
Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi
perubahan positif ini.
Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka
lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik
tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.
Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman
untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya
menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah
lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.
No comments:
Post a Comment