Bekas pelawak dan komposer, Bob Lokman hari ini mengaku
dirinya dipergunakan untuk memancing kehadiran orang ramai ke ceramah-ceramah
anjuran PAS. Populariti yang dimilikinya sudah cukup untuk menarik lebih ramai
pengundi dan penyokong untuk hadir ke majlis-majlis ceramah PAS.
Tapi MKP agak musykil dengan apa yang dilakukan oleh PAS
kerana mengutip derma bagi memenuhi Kantung Parti untuk kepentingan individu
tertentu sahaja terutama pemimpin mereka sendiri.
Bekas ahli PAS seumur hidup, Zainol Ismail, mencadangkan
supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan
berlaku penyelewengan Tabung Memali oleh pimpinan PAS sejak 1985.
“Banyak penyelewengan berlaku dan ia sudah berlarutan
terlalu lama, namun perkara itu tidak pernah diambil tindakan oleh pimpinan
PAS,” katanya.
Insiden berdarah Memali berlaku di Kampung Memali, Baling,
pada 19 November 1985 apabila kira-kira 200 anggota polis bertembung dengan
kira-kira 400 penduduk, yang juga pengikut Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali
Ibrahim Libya.
Kejadian itu menyebabkan menyebabkan 14 orang awam dan empat
anggota polis terkorban, manakala 159 lagi ditahan, termasuk 36 daripadanya
dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sementara itu,
Cikgu Non turut menyelar sikap pimpinan PAS yang disifatkannya sebagai lidah
bercabang kerana sentiasa memberi kenyataan tidak konsisten berhubung banyak
perkara, termasuk hal berkaitan agama Islam.
Dua tahun lalu, Cikgu Non yang menulis buku ‘Mat Sabu : Air
Mata di Bumi Memali’, pernah membuat laporan polis atas dakwaan diugut dan
dikasari Lujnah Keselamatan PAS Kedah berikutan bukunya itu, yang dikatakan
mendedahkan penyelewengan mengenai pungutan derma kepada Tabung Memali.
Bob juga berkata beliau hanya perlu tampil di khalayak dan
tidak perlu menunjukkan sikap pandai dan tidak perlu mempunyai pengetahuan yang
mendalam mengenai politik.
Takkan nak kena ada ilmu bila kebenaran didedahkan dengan
fakta dan bukti namun sehingga kini kepimpinan PAS membisu serta tidak
mengambil apa-apa tindakan.
Bob kemudiannya dengan bersahaja berkata, beliau adalah
umpan pada setiap ceramah Pakatan Rakyat yang dihadirinya.
“Saya sebagai umpan..jadi orang akan tunggu bila Bob Lokman
nak bercakap ni.
Tapi sebelum Bob Lokman bercakap mesti ada Karung atau Guni
untuk mengutip derma.... setahu MKP 10% diberikan pada penganjur 60% pada
penceramah 30% pada PAS pusat.. Kalau kutipan pada malam tue rm 10,000
maka penganjur hanya dapat rm 1,000 penceramah rm 6,000 dan PAS Pusat
dapat rm3,000 Perghhhh masyukkk tue....
No comments:
Post a Comment