Monday, 29 April 2013

PUSAT DAERAH MENGUNDI N13 KUALA SEPETANG


PALMA
Pengerusi: Abdul Hamid Saad 0175716937
Setiausaha: Mat Nazri Abd Razak 0174108039

KURNIA JAYA
Pengerusi: Abu Bakar Ali 0125340751
Setiausaha: Abd Rani Abd Razak 0125072391

AYER PUTIH
Pengerusi: Mohd Noor Salleh 0125522944
Setiausaha: Shukor Ishak 0195786456

SIMPANG HALT
Pengerusi: Kapt (B) Mohd Zain Hussain 0125062965
Setiausaha: Halijah SM Mohd 0124350742

JEBONG
Pengerusi: Zulaidin Majid 0195763077
Setiausaha: Salasiah Ariffin 0125315485

KUALA SEPETANG
Pengerusi: Loh Swee Eng 0195505698
Setiausaha:

KAMPUNG MENTERI
Pengerusi: Din Long 0175065875
Setiausaha: Mohd Tahir Mohd Razali 0175046504


MATANG GELUGOR
Pengerusi:  Kamarudin Abd Wahab 0124154860
Setiausaha: Hasbarani Tajol 0195630519

SUNGAI  LIMAU
Pengerusi: Mohd Isa Ahmad 0125977457
Setiausaha: Azman Abd Aziz 012505001

JALAN MANGGALA
Pengerusi: Bahari Din 01956961
Setiausaha: Mohd Khairuddin A. Hamid  0134119071

KAMPUNG JAHA
Pengerusi: Yahaya Zabriah 0134918929
Setiausaha: Roszita Abd Aziz 0175337543

SUNGAI MATI
Pengerusi: Hj Dahalan Md Saman 0135134144
Setiausaha: Yahya Seliman 0124519840

BENDANG SIAM
Pengerusi: Kamaruddin Md Saman 0197223034
Setiausaha: Mohd Nazri Harun 0135216830

CHANGKAT IBOL
Pengerusi: Ahmad Fauzi Abd Rahman  0195954429
Setiausaha: Abd Aziz Mat Dali 0194494808

Sunday, 28 April 2013

Pembangkang Guna Tektik Kotor Dalam Berkempen!!!


Cara kotor pembangkang berkempen semakin menjadi-jadi dengan yang terbaru menggunakan taktik mengeluarkan risalah palsu melibatkan calon BN bagi DUN Pasir Panjang Rashidi Ibrahim dan DUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pendedahan ini dibuat Dr Zambry sendiri setelah beliau menjumpai risalah tersebut diedarkan di Pangkor ketika tiba untuk membuat kunjungan ke seluruh bilik gerakan BN di Pangkor pagi tadi.
Menurutnya risalah palsu itu mengandungi kenyataan Rasidi yang lebih dikenali dengan Cikgu Shidi dan beliau sendiri yang bersifat provokatif.
"Dalam risalah itu cikgu Shidi dikatakan hanya mahu undi daripada pemuda UMNO sahaja untuk menang dan tidak memerlukan undi daripada ahli komponen parti.
"Saya pula dikatakan menyeru pengundi Melayu untuk keluar mengundi manakala tidak akan mengharap undi daripada komponen parti kerana tahun 2008 calon UMNO menang kerana undi Melayu dan tanpa bantuan parti komponen.
"Kenyataan paslu ini sangat provokatif. Ianya bersifat jahat dan sangat tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas program tinjauan mesar di DUN Pangkor bersama Datuk Kong Cho Ha yang bertanding bagi kerusi Parlimen Lumut.  
Dalam nada sinis, beliau menasihati pembangkang supaya menggunakan pendekatan yang lain untuk mendapat sokongan semasa tempoh berkempen ini kerana mengeluarkan risalah palsu itu lansung tidak profesional.
Beliau yang menerima risalah itu sebaik sahaja tiba di Pulau Pangkor berasa terkejut degan beberapa isi kandungan risalah itu yang menyebut kononya Rashidi 
aa3
hanya memerlukan sokongan daripada golongan muda untuk memenangi kerusi DUN Pasir Panjang dan juga Kemenangan Umno pada PRU yang lepas adalah tanpa bantuan daripada parti komponen.
Menjawab satu soalan, Dr Zambry berkata beliau percaya taktik kotor itu sudah bermula agak lama namun kurang pasti sejauh mana pengedaran risalah itu dibuat.
Dalam perkembangan sama, beliau meminta supaya semua pihak mengelakkan diri daripada membuat sebarang provokasi yang boleh menimbulkan kekecohan sehingga mengganggu proses PRU-13.
"Di sini saya ingin menyeru agar semua pihak tidak terlalu ghairah berkempen sehingga tidak sedar bawaha perbuatan mereka itu kadangkala boleh menimbulkan fitnah dan juga kekecohan yang akhirnya akan menyebabkan banyak kerosakan," tambahnya.
Sementara itu, Kong Cho Ha melahirkan rasa gembiranya kerana sambutan warga Pulau Pangkor terhadap kerajaan BN semakin menunjukkan peningkatan.
"Saya berasa gembira kerana BN di DUN Pangkor ini mendapat sambutan yang hebat darada seluruh warga penduduk dan ini juga menunjukkan betapa rakyat masih mahu mengekalkan kerajaan BN untuk kehidupan yang lebih baik di masa yang akan datang," katanya.

Saturday, 27 April 2013

Blogger Milo Suam kena siasat Polis

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yusoof memberitahu siasatan telah bermula terhadap laman blogmilosuam.blogspot.com yang didakwa membuat, menerbit atau mengedar khabar angin berbaur fitnah mengenai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan menjalankan undian awal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelmarin.

Beliau berkata dua laporan polis dibuat terhadap laman blog milosuam.blogspot.com polis menjalankan siasatan terhadap pengendali blog berkenaan kerana tindakannya menyiarkan khabar angin berbaur fitnah.

Ramli Mohamed Yusoof turut menegaskan dakwaan dibuat oleh pemilik blog berkenaan sekali gus telah mencetuskan stigma negatif orang ramai terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar memahami kaedah dan proses membuang undi sebelum menyiarkan sebarang kenyataan yang tidak jelas.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam seperti membuat, menerbit atau mengedar apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam atau mana-mana golongan awam.

"Polis turut menyiasat kes ini mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.

Ramli turut menjelaskan bahawa gambar kertas undi yang disiarkan dalam blog tersebut sebenarnya undi pos bukannya undi awal seperti yang didakwa.


Menurutnya, undi pos boleh dijalankan secepat mungkin pada bila-bila masa selepas kertas undi diedarkan tetapi undi awal pula kebiasaannya untuk individu yang terpaksa bertugas pada hari mengundi yang mana tarikh yang ditetapkan SPR ialah 30 April ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam tempoh empat hari sejak penamaan calon sehingga semalam, polis telah menerima 906 laporan dan membuat 25 tangkapan membabitkan kesalahan pilihan raya.
  

PANAS!!! NIZAR GOYANG

Memang tajuk sensasi sebenarnya,bukanlah sesensasi Blog RajaGoyang yang disebut sebut sebelum ini yang memaparkan adegan adegan Romantik mirip DeFacto Anwar.

Sebenarnya tajuk diatas AP kaitkan dengan apa yang terjadi kepada PAKATAN RAKYAT di Negeri Perak secara khususnya,mungkin ada diantara pembaca blog AP yang mendukung dan penyokong Pakatan Rakyat menyatakan bahawa ini salah satu propaganda dari AP selaku blogger yang menyokong Barisan Nasional.

Maaf saudara saudara..(dibaca sedare sedare e panjangkan sedikit...KC rakan blogger AP selalu sebut sebegitu)

Pemerhatian AP kepada pergolakan antara PAS Perak dan PKR Perak nampak tidak mampu dibendung dan dinafikan lagi.Kegilaan mereka(disebut pemimpin pemimpin utama mereka)
kepada KERUSI UTAMA KUASA POLITIK PERAK iaitu KERUSI MENTERI BESAR semakin menjadi jadi,

Tergugatnya Nizar Jamaluddin dengan LANGKAH BESAR ANWAR bilamana TERBOCOR GERAKAN SULIT mahukan jawatan MENTERI BESAR PERAK DIKUASAI OLEH CALON DARI PKR PERAK.

BAGI MEREKA YANG MENGATAKAN INI PROPAGANDA BARISAN NASIONAL.....MAKA ANDA HARUS MENILAI KEMBALI KENYATAAN KENYATAAN DARI PEMIMPIN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT ANDA SENDIRI


Kenyataan ini diluahkan oleh KETUA CABANG PKR TANJUNG MALIM 

GILANYA MEREKA DENGAN KUASA..KETUA CABANG YANG TAK TERPILIH MENJADI CALON PKR BEHRANG ITU JUGA MASUK BERTANDING MENJADI CALON MENENTANG CALON PILIHAN DEFACTO ANWAR.(gila jawatan MB barangkali)

Tanyakan diri anda wahai rakyat Perak yang bijak...tidakkah tindakan tindakan PEMIMPIN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DI PERAK INI menjurus kepada tindakan GILAKAN KUASA?

MEREKA BERMAIN BAHASA "ZALIM,REJIM,PENINDAS,MENOLAK ISLAM,INIKALILAH" untuk disumbatkan kepada rakyat DEMI MEMASTIKAN RAKYAT DIGELAPKAN MATA DENGAN RAKUS KUASA ITU....


KEJUTAN BILA MANA DIDEDAHKAN BAHAWA BETAPA NIZAR JAMALUDDIN ITU BUKANLAH PILIHAN UNTUK DIJADIKAN MENTERI BESAR PERAK......
Maka bermula semalam,JENTERA MEDIA PAS PERAK tanpa henti membuat publisiti BAHAWA KERUSI MENTERI BESAR PERAK WAJIB KEKAL DI PEGANG PAS DENGAN POSTER POSTER,BANNER BANNER DI KESELURUHAN MEDIA PAS PERAK.

Goyang yer..

Thursday, 25 April 2013

Anwar Tak Marah Kak Wan Di Peluk Jantan Sasa?



Anwar ingat dia seorang sahaja yang boleh "romen-romen" dalam video?!! Nah, tengok, Kak Wan pun boleh jugalah! Ingatkan Ikan SEPAT Kering ini tidak laku lagikah? Lihat sendiri betapa caring-nya abangbodyguard kita, siap peluk romantik lagi guna teknik terkaman harimau! Nampaknya Kak Wan mendahului anaknya sendiri dalam menyaingi skandal panas yang diterajui suami tercintanya.

Apa agaknya fatwa PAS untuk perlakuan ini?!! HALAL isteri orang dipeluk oleh bukan muhrim demi keselamatan?!! Kalau macam ini penulis pun nak mohonlah kerja pengawal peribadi untuk wakil rakyat wanita yang hot, tidak kiralah isteri orang atau tidak. Boleh dapat "romen-romen" percuma! Kredit terbaik untuk Minaq Jinggo.