Baru-baru ini pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Karpal
Singh gah mengumumkan yang PR akan menguasai PRU 13 ini termasuk menawan 7 buah
negeri, tinggi angan-angannya mengalahkan mat jenin.
Mereka juga menyuarakan keyakinan kononnya PR bakal menambah
jumlah kerusi Parlimen dimenangi sehingga mencecah angka 125 serentak dengan
itu akan mengambil alih Kerajaan Pusat.
Penyokong PR yang duduk di bawah tempurung tentunya seronok
mendengar kenyataan itu kerana sudah menjadi kegemaran mereka untuk di dodoi
dengan propaganda indah-indah belaka tanpa melihat realiti semasa.
Mereka lupa sejarah penipuan PR sempena 16 September 2008
dulu, mereka lupa segala gembar-gembur propaganda lama sebelum ini yang
semuanya berakhir dengan angan-angan dan bukannya kenyataan.
Bagi majoriti rakyat, propaganda sebegini hanyalah perang
saraf dan propaganda murahan sebegini agak biasa dimainkan oleh pembangkang
saat menjelang pilihan raya. Dulu dan sekarang sama saja nadanya.
Realiti suasana politik hari ini hakikatnya tidak
memungkinkan untuk PR mengekalkan semua 4 negeri yang dikuasai mereka iaitu
Kedah, Kelantan, Selangor dan Penang kemudian menawan kembali Perak serta
menjajah pula Negeri Sembilan dan Perlis.
Sebaliknya yang berkemungkinan besar akan berlaku PR bakal
kehilangan semua negeri yang dikuasai dan banyak kerusi yang mereka miliki akan
melayang berpindah tangan.
Pembangkang berada di kedudukan hari ini bukannya disebabkan
kekuatan sendiri, sebaliknya kerana meraih keuntungan atas angin hasil dari
kebangkitan protes khalayak terhadap kelemahan BN semasa era pimpinan
sebelumnya.
Dalam keadaan BN berada di kedudukan paling lemah dalam
sejarah pun pembangkang gagal menumbangkannya, di mana logiknya gabungan tidak
berdaftar PR yang ditubuhkan selepas PRU 12 2008 mampu menguasai peringkat
Pusat dan menawan negeri lain?
Jelas sekali propaganda murahan oleh pemimpin DAP itu tak
realistik, hanya mimpi di siang hari dan angan-angan syok sendiri untuk menutup
kegelisahan diri. Lagi pun rakyat bukannya buta dan pekak untuk melihat hakiki
realiti.
Sejak berpuluh tahun dulu kita sudah mendengar ribuan kali
kenyataan penuh yakin dari pemimpin parti pembangkang yang sering membayangkan
mereka akan memenangi PRU seterusnya menguasai pemerintahan di peringkat Pusat.
Tapi tiap kali keputusan PRU diumumkan, tiap kali itu
jugalah pembangkang tersungkur kerana gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat
negara ini.
Bagaimana mungkin rakyat mahu memberi sokongan dan
meletakkan kepercayaan kepada pembangkang jikalau pemimpinnya hanya gah
berceramah di atas pentas, namun bila masuk bab kerja buat dan jasa bakti untuk
rakyat, habuk pun tiada.
Lima tahun PR diberi peluang merajai beberapa negeri, apa
yang berlaku lebih banyak politiking kepartian berbanding amal kebajikan untuk
rakyat. Sebaliknya BN juga yang sering menjadikan rujukan khalayak untuk
mendapatkan khidmat dan jasa bakti.
No comments:
Post a Comment