Hebat Anak
Anwar nie rupanya nampak baik didepan akan tetapi Ganas jugak sampai boleh bawa
Pencacai untuk mengugut Bekas Orang kuat PKR lembah pantai untuk membongkar
penipuan.
M.Parthiban
Bekas Pengarah Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan, Pejabat Nurul Izzah telah
mengadakan Sidang Akhbar membongkar penipuan Nurul Izzah, secara tiba-tiba
seorang gangster yang merupakan pengikut tegar PKR telah mengacau dan cuba
mengugut Parthiban.
Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Lembah Pantai didakwa melakukan gerakan pendaftaran
pengundi baharu secara tidak sah apabila menggunakan borang palsu Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) bagi memancing lebih banyak undi pada Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU-13).
Mendedahkan
perkara itu, bekas Pengarah Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan, Pejabat Ahli
Parlimen Lembah Pantai, M. Parthiban mendakwa, strategi kotor yang menggunakan
pelajar institut pengajian tinggi itu dikenal pasti bermula sejak 2009 dan
dipercayai telah berjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 pengundi baharu dalam
kalangan penduduk.
Mengulas
lanjut, Partiban juga tidak menolak kemungkinan gerakan itu turut melibatkan
PKR peringkat Pusat yang dipercayai bertanggungjawab memindahkan maklumat
pengundi termasuk meniru tanda tangan mereka ke borang asal SPR.
"Bagaimanapun,
katanya, hanya pengundi yang cenderung menyokong pembangkang sahaja akan
dipindahkan maklumat mereka ke borang asal dan didaftarkan sebaliknya, pengundi
pihak kerajaan tidak didaftarkan," katanya dalam sidang akhbar di sini
hari ini.
Dalam
perkembangan sama, Partiban berkata, seramai 40 hingga 50 ahli PKR kawasan
Parlimen itu dilaporkan akan keluar dari parti itu dalam masa terdekat
Setelah
beberapa ketika meng'ushar' Parthiban dan Md Noor dari jauh, seorang dari
mereka iaitu Bidin Besi, tokey kedai besi di P20, yang juga menjaga Bilik
Gerakan PKR P20, telah bertindak lebih gangster di hadapan semua press yang
hadir bila menepuk Parthiban dan memberi amaran.
No comments:
Post a Comment