Sekadar mengambil petikan kata-kata Presiden ABIM ketiga,
Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang menyatakan ulama perlu berani menegakkan kebenaran
dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa. Malah menurut rakan baik
Anwar Ibrahim itu, ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan
tidak boleh berkompromi atau bersekongkol.
“Ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan
pendapat demi kebaikan semua,” kata beliau di dalam satu program wacana yang
bertajuk “Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” tidak lama dahulu.
Namun baru-baru ini, Pas dikecam hebat oleh beberapa orang
ulama di Kelantan yang mengatakan bahawa mengundi Pas dalam pilihan raya
akan datang adalah haram kerana telah lari dari perjuangan asal sehingga
sanggup bekerjasama dengan DAP.
Ini kerana umum mengetahui DAP sebagai sebuah parti ‘ultra
kiasu’, mengunapakai pendekatan sekular sebagai teras perjuangan mereka yang
jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Malah Karpal Singh sendiri suatu ketika dahulu pernah
mengeluarkan kenyataan ‘langkah mayatnya sekiranya Pas ingin menjalankan
menubuhkan negara Islam di Malaysia”.
Lebih malang lagi, ‘baiah’ Karpal itu masih dipegang olehnya
sampai kini sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengikut Pas berhubung
kerjasama yang terjalin itu.
Terbaru kegagalan Pas untuk mempertahankan Islam terutamanya
dalam isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam kerana
terlalu tunduk dengan desakan DAP juga sukar untuk dimengertikan.
Malah bukan itu sahaja, Pas sekarang ini, sudah sampai ke
tahap sanggup berbohong demi meneruskan survival politik mereka.
Pas juga begitu bangga menyatakan, kononnya kerajaan negeri
Kedah telah membina sebanyak 12 buah masjid sepanjang hampir lima tahun
pemerintahan mereka seperti yang terkandung di dalam buku ‘Sayangi Kedah
Sejahtera’.
Yang mana ia jelas merupakan satu penipuan yang maha besar
di Kedah kerana pembinaan masjid itu telah nitanggung sepenuhnya oleh kerajaan
persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana
Menteri berjumlah RM24 juta.
Bahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang
bertanggungjawab membina 22 masjid baru itu sejak 2008 dengan peruntukan
keseluruhan hampir RM40 juta.
Oleh yang demikian tindakan pemimpin Pas ini boleh
diklasifikasikan sebagai munafik.
Kerajaan Kedah yang diterajui oleh pimpinan parti yang
kononnya berasaskan Islam seharusnya berasa malu kerana gagal melaksanakan
amanah yang telah diberikan oleh rakyat itu.
Sebaliknya, BN yang sebelum ini tewas, terus dilihat tetap
melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat Kedah dengan penuh ikhlas dan tanpa
rasa kecil hati walaupun kalah dalam pilihanraya yang lalu.
Apapun, rakyat Kedah kini sudah semakin sedar akan kesilapan
yang telah mereka lakukan dan pasti akan bangkit dalam pilihan raya akan datang
untuk menebus kembali kesilapan mereka.
No comments:
Post a Comment