DAP adalah parti yang tidak berkebolehan.
Noktah.
Tajuk dan kenyataan di atas adalah lengkap dan padat.
Tetapi, dengan hanya menulis sedemikian, mungkin puak-puak DAP tidak akan
dapat memahami maksudnya.
Maksud yang perlu difahami di sini ialah, seseorang itu
semestinya bersikap rasis tegar, tidak rasional dan tidak waras untuk menyokong
sebuah parti yang tidak mampu mengira undi yang tidak sampai 2000 pun,
dalam pemilihan jawatankuasa pusat mereka yang lalu. Dan sekiranya parti
itu tidak mampu mengira walaupun sebanyak 2000, bagaimana kita boleh
mengharapkan mereka mampu mengira sehingga berjuta atau berbilion ringgit?
Jika mereka tidak tahu mengira, bagaimana kita boleh memberi mandat
untuk mereka menerajui negeri, apatah lagi negara?
Oleh kerana DAP tidak berkebolehan, maka kos untuk pembinaan
terowong mega yang diumumkan pada jumlah RM4.08 billion pada tahun 2011, kini
menunjukkan jumlah RM6.3 billion pula. Nampaknya, segala cakap-cakap
besar Lim Guan Eng tentang amalan tender terbuka yang mampu menurunkan kos dari
jumlah asal RM8 billion, adalah tidak bermakna sama sekali.
Mengimbas pemilihan CEC, DAP memberi alasan bahawa komputer
telah mengsabotaj mereka sehingga beberapa ratus dari undi telah hilang.
Dan dalam mega projek ini, komputer dikatakan bermain silap mata pula
dengan DAP sehingga menyebabkan pertambahan RM2.25 billion dari kos asal.
Jika ini bukan masalah tidak cekap matematik, maka ia
tentulah masalah tidak cekap komputer.
Ini kerana DAP tidak seharusnya ‘tersalah taip’ kerana
mereka sepatutnya tidak perlu pun menaip jumlah tersebut. Jumlah itu akan
dikira secara automatik oleh computer. Jika mereka enggan menunjukkan
keseluruhan jalan pengiraan di dalam ‘worksheet’ computer itu, maka ‘manusia’
hanya perlu memetik jumlah yang telah dikira secara automatik tersebut dan
mengisikannya di dalam kertaskerja, kenyataan atau pembentangan yang perlu.
Itu saja.
Susah sangatkah untuk memetik dan menyalin semula jumlah
tersebut?
Jika benar ia merupakan masalah tersalah taip, maka
mungkinkah nama-nama seperti ‘Annie and Party’, ‘Pinny’, ‘Davy’, ‘Jimmy’ dan
‘Terry’ yang muncul dalam kertaskerja mengenai projek tersebut yang telah
didedahkan sebelum ini juga sebenarnya tersalah-taip?
Selama ini DAP sering menuduh UMNO sebagai ketinggalan,
Melayu lembab, bodoh dan malas tetapi akhirnya terbukti DAP lebih teruk lagi,
malah bengap. Namun, sekurang-kurangnya kita tidak perlu mendengar alasan
yang memualkan dari mereka iaitu segala kesilapan adalah berpunca dari UMNO.
Untuk rekod, Melayu UMNO yang dikatakan lembab, bodoh, malas
dan rasis oleh DAP inilah yang menerajui negara tanpa melakukan kesilapan bodoh
sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng itu. Mungkin Guan Eng tidak
menyedari bahawa UMNO yang sama juga yang membawa Malaysia ke tahap hari ini di
mana kaum Cina dan lain-lain, bebas merebut peluang sehingga menjadi taukeh
besar.
Guan Eng tidak pula merasa malu atas kesilapan ini,
tetapi sebaliknya memanggil mereka yang menunjukkan kesilapannya sebagai tidak
professional. Oleh itu, penulis tertanya-tanya apakah DAP juga mempunyai
masalah dalam penguasaan bahasa.
Semakin jelas bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang yang
bijak. Beliau wajar mengambil kursus komputer, mengulang pelajaran
matematik atau akaun, serta memantapkan penguasaan bahasa sebelum bertanding
dalam pilihanraya kali ini.
Guan Eng seharusnya tahu bahawa kesilapan membentangkan kos
untuk sebuah projek mega yang mampu memberi kesan kepada pembayar cukai adalah
tidak boleh diterima sama sekali. Perlu diingatkan bahawa Guan Eng
bukannya mengurus sebuah kedai runcit kecil, tetapi sebuah negeri. Beliau
bukan bercakap tentang belanjawan rumahtangga – duit poket anaknya atau wang
dapur isterinya. Tetapi beliau bercakap tentang terowong mega yang
kontroversi yang bernilai berbilion ringgit, kalaupun bukan berkenaan undi
untuk memilih jawatankuasa yang akan membantunya menguruskan negeri.
Ini hanyalah beberapa kesilapan yang dapat kita dedahkan.
Apakah agaknya yang akan kita jumpa jika meneliti secara terperinci
angka-angka dalam pentadbiran Pulau Pinang. Dan apalah agaknya yang
‘tersalah taip’ atau ‘masalah komputer’ yang kita akan temui jika melakukan
yang sama terhadap keseluruhan pentadbiran DAP.
No comments:
Post a Comment