Menurut sumber blogger Mat Kilau Penang... Mungkin
gambar ini bakal mengegarkan suasana politik tanah air selepas ini? Mungkin ya
mungkin tidak akan tetapi keberangkalian itu amat tinggi. Yang mula mendedahkan
pekara ini adalah dari Saifuddin sendiri. MKP rasa mungkin dah ada pepecahan
didalam kem PKR. Mungkin Saifuddin tak dapat apa yang diminta hingga nak buka
pekung dalaman. Takkan nak bagitu "direct" mesti ada kona-kona.
Fitnah dan salahkan UMNO itulah taktik melepaskan diri walaupun tak setuju
dengan pucuk pimpinan........
Di peringkat dalaman kepimpinan tertinggi Parti Keadilan
Rakyat (PKR), tidaklah menjadi satu rahsia lagi akan kewujudan 2 kelompok
pimpinan yang masing-masing cenderung kepada Presiden parti, Datin Sri Wan
Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, YB Azmin Ali
Bibit-bibit perpecahan ini sudah bermula sejak kempen
pemilihan Nasional PKR 2010 lagi dan semakin menjadi ketara apabila Azmin Ali
memenangi jawatan Timbalan Presiden.
Ketika kempen pemilihan Nasional 2010 berlangsung, sokongan
penuh Wan Azizah ke atas pencalonan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan
Presiden parti menjadi persoalan umum kerana logiknya, Azmin Ali yang lebih
layak kerana sudah bersama-sama dengan parti sejak mula ditubuhkan, di samping
kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh dipersoal
sesiapa.
Antara kepimpinan parti yang diketahui cenderung kepada Wan
Azizah ialah YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Tien Chua, YB Xavier
Jayakumar, Mustapha Kamil Ayub, Shamsul Iskandar, YB Yusmadi, YB Elizabeth
Wong, YB William Leong, YB Sivarasa dan YB Dr Mansor Othman.
Manakala pemimpin parti yang berdiri teguh di belakang Azmin
Ali ialah N.Surendran, YB Zuraida, YB Dato Kamarul Baharin, YB Dato Johari
Abdul, Rafizi Ramli, Latheefa Koya, YB Haniza Talha, YB Nik Nazmi, YB Abdullah
Sani dan YB Azan Ismail.
Walaupun perpecahan ini cuba diselindungkan dari penglihatan
ahli di peringkat akar umbi tapi sudah kedengaran suara-suara kecil yang
bertanya kenapa setiap kali program di kawasan salah seorang dari kumpulan yang
disebutkan di atas, pihak yang satu lagi tidak hadir?
Sebagai contoh, program parti di kawasan Nurul Izzah iaitu
Lembah Pantai, tidak akan dihadiri oleh Azmin Ali. Begitu juga sebaliknya
dengan program parti di kawasan Gombak di mana Azmin sebagai ahli Parlimennya,
juga tidak akan dihadiri Nurul Izzah.
No comments:
Post a Comment