Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara apabila bekas- bekas pegawai tinggi tentera kini menyatakan sokongan terbuka terhadap Pakatan Rakyat. Ia ternyata memberi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional yang semakin hilang sokongan ketika bahang kempen pilihan raya umum 13 mula dirasai.
Demikianlah spin kebanyakan totok Pakatan Rakyat.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa, selepas sahaja sesi di Keramat Wangsa, Anwar membisikkan ketidakpuasan hati dalam beberapa perkara:-
1. Kehadiran tidak seperti diharapkan. Rafizi cuba spin kehadiran 10k orang; tetapi kebanyakan blog pro-PR sendiri memberikan angka 3k.
2. Kesemua Panglima tidak memberikan komitmen kepada PKR (sebaliknya kepada PAS). Najmi lebih rapat dengan Pas. Laksamana (B) Imran juga memberikan komitmen kepada perjuangan Islam dan Pas.
3. Hadi lebih berminat dengan perjuangan ego diri sendiri.
4. Ghafir juga tidak komited dengan PKR (lebih kepada Pas).
5. Ketidakhadiran Azmin menghadirkan tanda tanya. Kawasan berdekatan dengan Gombak.
6. Ibrahim Yaacob tidak mampu bercakap apa mengenai Setiawangsa. Tidak ada agenda di Setiawangsa.
7. Kehadiran tidak sampai 20 orang (bangsa Cina).
8. Tiada langsung orang India.
Nampaknya, kebanyakan Panglima yang bersara ini lebih kepada perjuangan Islam dan bukannya PKR. Ini yang merisaukan Anwar, kerana ini akan menyebabkan usaha membawa mereka ke seluruh Negara, akan memberikan markah politik kepada Pas dan bukannya PKR.
Anwar akan berbincang kembali dengan Jawatankuasa Politik, samada usaha membawa turun kalangan Panglima (B) ini akan membawa kesan politik. Apakah akan ada ‘return of investment’ kepada modal yang diberi kepada mereka.
Slm blog PK sudah pun dipautkan di blog MMI mohon MMI juga di pautkan di blog PK..Tk.Selamat berjuang!!
ReplyDeletekalo xtaw jgn pandai reka cite nk aibkn org...
ReplyDeleteblog tuan telah sy pautkan...
ReplyDelete