Berita Harian dengan sepotong gambar menunjukkan kereta
rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan Istana
Negara telah mencetus khabar angin bahawa Parlimen akan dibubar hari ini.
Berita Harian memuat naik mesej Twitter : "Kelihatan kenderaan rasmi Perdana Menteri keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini."
Mesej itu dimuat naik pada 11.29 pagi tadi.
Sejurus kemudian, akaun Twitter Berita Harian dihujani berdozen-dozen mesej respons, kebanyakannya membuat spekulasi tentang pembubaran Parlimen.

Bagaimanapun, seorang pegawai khas di Pejabat Perdana
Menteri memberitahu ABN News ia adalah satu kebiasaan bagi Perdana Menteri
mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet diadakan.
No comments:
Post a Comment