Dewan Undangan Negeri akan terbubar dengan sendirinya pada
25 April ini jika tiada pengumuman pembubaran dalam tempoh sekarang hingga
tarikh berkenaan. Kerajaan negeri hanya menunggu isyarat kerajaan Persekutuan
berhubung pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihanraya diadakan serentak
di seluruh negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata,
setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang isyarat mengeni tarikh
membubarkan Dun malah Perak masih menpunyai tempoh lebih kurang sebulan sebelum
terbubar secara automatik.
"DUN Perak akan terbubar sacara automatik pada 25 April
ini dan tidak timbul soal hendak bubar DUN seprti diuar-uarkan negeri
pembangkang". "Apa yang jelas, kita akan mengadakan pilihanraya
serentak dengan peringkat nasional dan kini kita menanti pembubaran Parlimen
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya elepas
mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco.
No comments:
Post a Comment